Siakap Keli
pelajar ssp cyberjaya
Gambar: SSP Cyberjaya

Hebat, Pelajar SSP Cyberjaya Cipta Nama Menang The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2023

Hebat, Pelajar SSP Cyberjaya Cipta Nama Menang The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2023

Seorang murid Sekolah Seri Puteri Cyberjaya berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2023, baru-baru ini.

Emilyn Ayra Khairul Hisham memenangi pertandingan tersebut dan mendapat Gold Finalist Award menewaskan 34,924 peserta lain dari seluruh dunia.

Murid 1R itu berjaya menggenggam anugerah berkenaan menerusi eseinya yang bertajuk “Teen Superheros: A New World if Youn Can Take It”.

Berita gembira berkenaan dimaklumkan sendiri oleh sekolah berkenaan menerusi satu hantaran Facebook, semalam.

Pelajar SSP Cyberjaya menang pertandingan esei berprestij Ratu Komanwel

Menerusi hantaran tersebut, SSP Cyberjaya memaklumkan bahawa pertandingan tersebut merupakan anjuran The Royal Commonwealth Society.

pelajar ssp cyberjaya pelajar ssp cyberjaya

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya juga pernah cipta nama sebelum ini

Terdahulu, pelajar sekolah berkenaan juga berjaya mengharumkan nama negara apabila berjaya membolot tiga anugerah dalam Pertandingan Orkestra Antarabangsa Barcelona, Sepanyol.

Menurut sekolah berkenaan, pertandingan tersebut telah berjalan selama enam hari, bermula dari 12 hingga 17 September lepas.

Pasukan orkestra bernama Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) meraih anugerah Golden Award Excellent Award.

Manakala dua lagi anugerah adalah Special Prize Extraordinary Artistic Impression Award dan Special Out of Competition Award.

Ketika berada di Barcelona, pasukan ini turut mendapat tumpuan kerana salah satu video yang memaparkan mereka memainkan lagi kebangsaan Malaysia, Negaraku menjadi tular.

Sebaik kumpulan tersebut mula memainkan lagu berkenaan, orang ramai yang berada di hadapan mereka dilihat membuka laluan untuk memberi ruang kepada persembahan tersebut.

Apabila tamat sahaja persembahan, orang ramai termasuk peserta orkestra lain turut memberikan tepukan gemuruh terhadap kumpulan tersebut.

Video tersebut yang tular di media sosial berjaya meraih perhatian warga maya, khususnya rakyat Malaysia yang bangga melihat lagu kebangsaan berkumandang di negara asing.

Rata-rata warga maya menzahirkan rasa bangga dan tersentuh dengan persembahan yang ditampilkan oleh murid-murid ini.

BACA: Hebat, Sekolah Seri Puteri Bolot 3 Anugerah Di Pertandingan Orkestra Antarabangsa Barcelona

Sumber: Sekolah Seri Puteri Cyberjaya

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma