Hebat, Sekolah Seri Puteri Bolot 3 Anugerah Di Pertandingan Orkestra Antarabangsa Barcelona
Pasukan okestra dari Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya mengharumkan nama Malaysia apabila membolot tiga anugerah dalam Pertandingan Orkestra Antarabangsa Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.
Bibit bersejarah tersebut dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok bernama Kukubesi (@kukubesihir).
Pasukan orkestra bernama Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) meraih anugerah Golden Award Excellent Award.
Manakala dua lagi anugerah adalah Special Prize Extraordinary Artistic Impression Award dan Special Out of Competition Award.
Difahamkan, pertandingan tersebut telah berjalan selama enam hari, bermula dari 12 hingga 17 September lepas.
Ketika diumumkan sebagai pemenang anugerah tersebut, ahli-ahli pasukan SPWinds kelihatan anggun mengenakan pakaian korporat hitam dengan tudung merah jambu sambil bertepuk tangan.
Manakala, ahli pasukan yang berada di hadapan barisan memegang kedua-dua bendera Jalur Gemilang dan bendera sekolah berkenaan.
Selepas meraih hadiah berupa plak dan sijil, jelas terpapar kegembiraan pada wajah masing-masing, menandakan segala usaha, penat dan lelah membuahkan hasil.
@kukubesihir Replying to @surprisplannercintahatik TAHNIAH SPWINDS SERI PUTERI CYBERJAYA , MENANG DI BARCELONA 🔥🔥🔥🔥
Video tular papar pasukan orkestra memainkan lagu Negaraku di Barcelona, Sepanyol
Sebelum ini, pasukan ini telah menjadi tular kerana salah satu video yang memaparkan mereka memainkan lagi kebangsaan Malaysia.
Menerusi akaun pengguna TikTok Naguib Kaharudin (@naguibkaharudin), pasukan tersebut memainkan lagu Negaraku ketika berada di bumi Barcelona.
Sebaik kumpulan tersebut mula memainkan lagu berkenaan, orang ramai yang berada di hadapan mereka dilihat membuka laluan untuk memberi ruang kepada persembahan tersebut.
“Semua ketepi bila lagu Negaraku dimainkan di Barcelona,” tulisan dalam video tersebut.
Difahamkan, pemilik video tersebut merupakan bapa kepada salah seorang ahli kumpulan orkestra sekolah terbabit.
Sebaik menamatkan persembahan, orang ramai termasuk peserta orkestra lain turut memberikan tepukan gemuruh terhadap persembahan terbabit.
@naguibkaharudin #fypシ #fypシ゚viral #viral #spwind #sspcyberjaya #barcelona #malaysiaku #malaysiaku🥰🥰 #negaraku
Video tersebut telah tular di media sosial dan meraih perhatian warga maya, khususnya rakyat Malaysia yang bangga melihat lagu kebangsaan berkumandang di negara asing.
Rata-rata warga maya menzahirkan rasa bangga dan tersentuh dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak-anak muda ini.
https://www.facebook.com/SSPCyberjaya/posts/pfbid0Kx6ZLK4KbrFHRGt6FZQ1FQiuKmLJphBBtf3LnqXentZeGW3fUwt7SKCSenSwXw7Nl
BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Sebenar Huruf M&M Pada Coklat Terkenal
Sumber: Kukubesi & Naguib Kamarudin via TikTok