Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agensi Nuklear Malaysia Pilih SK Chuchoh Puteri Sebagai Sekolah Angkat Madani

Agensi Nuklear Malaysia terus aktif dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara menerusi pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI 2026 dengan memilih Sekolah Kebangsaan (SK) Chuchoh Puteri, Kuala Krai sebagai sekolah angkat kali ini.

Program daripada inisiatif Kerajaan MADANI kali ini difokus kepada mewujudkan ekosistem pembelajaran yang mendorong pembinaan daya fikir dan idea berasaskan ilmu sains, teknologi dan matematik (STEM), khasnya dalam bidang nuklear. Sekolah Angkat SK Chuchoh Puteri telah menerima manfaat menerusi pelbagai inisiatif penambahbaikan prasarana sekolah serta pembangunan murid dan guru.

Antara inisiatif termasuklah pengubahsuaian bilik darjah menjadi hab STEM yang dinamakan Bilik Nuklear SePUTERI, penyediaan tiga unit televisyen pintar bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran, program peningkatan kemahiran digital dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk tenaga pengajar serta program kesedaran berkaitan buli dan salah laku seksual dalam kalangan murid.

Inisiatif ini turut merangkumi penganjuran Karnival STEM Peringkat Daerah Kuala Krai. Usaha ini turut menyokong aspirasi Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 (DTNN 2030) dalam memperkukuh pembangunan bakat dan melahirkan generasi berkemahiran tinggi, berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan dalam sektor fokus teknologi nuklear.

Agensi Nuklear Malaysia berharap kerjasama yang terjalin dengan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat dapat diteruskan bagi memastikan manfaat program ini dapat dinikmati secara berterusan.

Melalui Program Sekolah Angkat MADANI, Agensi Nuklear Malaysia akan terus menyokong usaha pembangunan pendidikan dan kesejahteraan masyarakat, selaras dengan peranannya dalam memperluas manfaat sains dan teknologi nuklear kepada rakyat selari dengan slogannya, Nuklear Untuk Rakyat (N.U.R)

Intipati
  • Agensi Nuklear Malaysia memilih SK Chuchoh Puteri sebagai sekolah angkat MADANI 2026.
  • Inisiatif merangkumi hab STEM, televisyen pintar, latihan ICT guru dan program kesedaran murid.
  • Program turut menyokong DTNN 2030 melalui pembangunan bakat dalam teknologi nuklear.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan