Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anugerah Seri Angkasa 2026 - Segalanya Bermula Di Sini

Seri Angkasa

ANUGERAH SERI ANGKASA 2026 – SEGALANYA BERMULA DI SINI

KUALA LUMPUR, 14 Oktober – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah hari ini hadir ke Majlis Kira Detik Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 bagi menghargai barisan penaja bersempena ASA edisi ke-37.

Penganjuran ASA 2026 disokong dengan penajaan daripada CIMB Bank, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Himalaya, Hotel Royale Chulan, DRB-HICOM, Tiktok, Raja Perfume, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Merdeka 118, Telekom Malaysia Berhad (TM), PERODUA, Kek Lapis Mama Su, Usanita Sdn. Bhd., MAMEE, Jelas Juta Sdn. Bhd., BERNAMA, MyCreative Ventures (MYCV), Nestlé, FELDA dan SEDANIA Innovator Berhad.

Bertemakan ‘Segalanya Bermula di Sini’, penganjuran ASA 2026 menerima 1,601 pencalonan bagi tiga kategori, iaitu sebanyak 60 kategori televisyen, 421 penyertaan kategori radio dan 74 kategori media baharu untuk dinobatkan kepada 60 pemenang anugerah.

Malam Kemuncak ASA 2026 akan berlangsung pada 24 Oktober 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Datuk Bahria Mohd Tamil dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Encik Erwin Khairul Ahmad.

Maklumat lanjut mengenai senarai lima teratas ASA 2026 boleh dilayari di laman sesawang www.anugerahseriangkasa.gov.my.