Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anugerah Seri Angkasa 2026: Mengiktiraf Kecemerlangan Industri Penyiaran Dan Industri Kreatif Negara

Anugerah Seri Angkasa 2026

PUTRAJAYA – Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 tiba di kemuncaknya apabila  drama berjudul Selampai Labung oleh Danny Alamsyah Adriansyah memenangi  Drama TV Terbaik dengan membawa pulang trofi kemenangan, hadiah wang tunai  bernilai RM5,000 dan Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM200,000. 

Majlis penuh prestij dan meriah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Putrajaya (PICC) dengan kehadiran Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil. 

Dokumentari berjudul Di Sebalik Bayangan Harimau oleh Baharunnurdalila  Baharuddin memenangi Anugerah Dokumentari TV Terbaik dengan merangkul trofi,  hadiah wang tunai bernilai RM5,000 dan DKK berjumlah RM150,000. 

ASA 2026 turut menyaksikan YBhg. Dato’ Rahim Razali dinobatkan sebagai Tokoh  Seri Angkasa, manakala Kumang and the Ungrateful Phyton oleh Khiu Siaw Fong pula telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri.  

Pemenang bagi kategori lain turut menerima hadiah kemenangan yang disediakan  oleh Kementerian Komunikasi, berupa trofi dan wang tunai berjumlah RM5,000.00  bagi setiap pemenang. 

Sebanyak 60 kategori dipertandingkan meliputi 40 kategori televisyen, 17 kategori  radio dan tiga kategori media baharu. Selain itu, dua kategori khas iaitu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Seri Angkasa.  

Mengangkat tema “Segalanya Bermula di Sini”, ASA 2026 menerima sebanyak 1,601  pencalonan merangkumi 1,106 pencalonan bagi kategori televisyen, 421 bagi kategori  radio dan 74 bagi kategori media baharu. 

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim  Hamzah; Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia, Yang Berbahagia Datuk  Ashwad Ismail; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif)  Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Bahria Mohd Tamil; Ketua Pengarah, Jabatan  Penerangan Malaysia, Encik Erwin Khairul Ahmad; pengurusan kanan kementerian,  para penaja, penggiat industri penyiaran, penerbit, pengamal media serta pemain  industri kreatif negara.