Siakap Keli
sumbangan malaysia gaza
Kredit Cinta Gaza Malaysia

Sumbangan Rakyat Malaysia Berjaya Diagihkan Kepada Penduduk Gaza

Sumbangan Rakyat Malaysia Berjaya Diagihkan Kepada Penduduk Gaza

Sumbangan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia kepada Cinta Gaza Malaysia (CGM) berjaya diagihkan kepada penduduk Gaza yang terjejas dalam konflik yang tercetus.

CGM dalam perkongsian mereka di laman X  pada pagi tadi berkata bahawa mereka telah menjalankan agihan makanan panas kepada penduduk Gaza yang kekurangan bekalan makanan.

Menurut perkongsian itu lagi, agihan itu telah dimulakan pada Isnin lalu dan dilakukan setiap hari tanpa henti.

“Untuk makluman semua, bermula Isnin yang lepas, setiap hari tim CGM di Gaza akan mengagihkan bantuan makanan panas/Hot Meals kepada penduduk Gaza yang kekurangan bekalan makanan,” tulis perkongsian itu.

Tambahnya, agihan sebanyak 500 pek makanan panas itu dapat memberi manfaat kepada 1,000 0rang penduduk yang kekurangan bekalan makanan.

Agihan makanan panas itu dibuat di sekitar Hospital Al Shifa, Bahrain School dan Tal Al Hawan.

“Setiap hari tim CGM akan mengagihkan sebanyak 500 pek makanan panas yang akan memberi manfaat kepada 1,000 orang. Sepanjang minggu ini tim CGM telah mengagihkan makanan panas di Hospital Al Shifa, Bahrain School, dan Tal Al Hawan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, CGM juga sempat mengucapkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sumbangan kepada tabung CGM.

Terima kasih rakyat Malaysia yang berjiwa baik! Setiap duit yang kalian sumbangkan akan memberi manfaat kepada mereka.

“Teruskan menyumbang! Teruskan dapat info daripada kami!” tulis perkongsian itu lagi. 

Untuk yang mahu menyumbang boleh layari https://emergency4gaza.com atau akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

Konvoi Bantuan Kemanusiaan Pertama Mula Masuk Ke Gaza Menerusi Pintu Rafah

Konvoi pertama trak bantuan kemanusiaan dilaporkan telah mula memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir di persimpangan Rafah, lapor Anadolu Agency.

berada di lokasi sempadan pada ketika ini.

Konvoi bantuan pertama ini, yang terdiri daripada sejumlah 20 trak kini dalam proses melalui pintu sempadan Rafah, kata Bulan Sabit Merah kepada Anadolu.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: X/ Cinta Gaza Malaysia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.