Siakap Keli
kanak-kanak gaza terbunuh
Gambar hiasan | AFP

Lebih 1,600 Kanak-kanak Terbunuh Di Gaza Dalam Tempoh 2 Minggu – DCI Palestin

Lebih 1,600 Kanak-kanak Terbunuh Di Gaza Dalam Tempoh 2 Minggu – DCI Palestin

RAMALLAH (Palestin), 22 Okt (Bernama-WAFA) — Sekurang-kurangnya 1,661 kanak-kanak terkorban akibat serangan Israel sejak pertempuran terkini meletus pada 7 Okt, menurut kenyataan Defence for Children International – Palestine (DCIP) pada Sabtu.

Dalam tempoh yang sama, seramai 27 kanak-kanak terkorban di Tebing Barat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

DCIP berkata jumlah kematian membabitkan kanak-kanak mungkin meningkat, susulan terdapat 1,400 mangsa masih hilang.

Kanak-kanak Palestin yang terselamat dalam siri pengeboman di seluruh Gaza kini mengalami krisis kemanusiaan yang teruk.

“Menyaksikan kematian kanak-kanak lain memburukkan lagi pengalaman pahit mereka, meninggalkan parut yang amat memilukan dalam jiwa kanak-kanak ini. Apatah lagi, kehilangan anggota keluarga dalam sekelip mata.

“Kanak-kanak yang sebelum ini merasa selamat dan selesa dalam dakapan keluarga kini menjadi yatim piatu,” menurut pertubuhan itu.

Sumber: BERNAMA-WAFA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'