Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kerajaan Komited Asingkan Kuasa Eksekutif, Badan Perundangan Dan Kehakiman – Azalina
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Kerajaan komited untuk mengasingkan kuasa antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman bagi memastikan integriti institusi perundangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Pada majlis makan tengah hari bersama presiden persatuan undang-undang di bangunan Parlimen hari ini, Azalina berkata kerajaan memerlukan ketiga-tiga badan berkenaan untuk berpegang teguh kepada fungsi dan peranannya, memastikan undang-undang bukan sahaja wujud di atas kertas, tetapi juga ditegakkan, dihormati dan ditafsirkan secara adil di dunia sebenar.
“Kita memerlukan demokrasi untuk menggubal undang-undang yang baik, kita perlukan penguatkuasaan yang bagus untuk melaksanakan undang-undang dan badan kehakiman yang bebas untuk mentafsir undang-undang secara bebas dan wajar.
“Kita memerlukan badan-badan ini untuk menegakkan undang-undang dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sangat peka dan beliau sendiri mahu melihat pemisahan kuasa ketiga-tiga badan itu dan tiada campur tangan, yang sebenarnya konsisten dengan visi beliau,” katanya.
Azalina berkata sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang dan reformasi institusi, beliau akan terus mendengar suara orang muda dan penuntut undang-undang, dan menyediakan paltform untuk mereka bersuara.
“Sebenarnya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang akan menganjurkan Pertandingan Mahkamah Moot Piala Perdana Menteri untuk pelajar undang-undang di Malaysia yang akan berlangsung tahun depan,” katanya.
BACA: Penting Bila Bawa Budak, Ini Cara Nak ‘Hidupkan’ Fungsi Child Safety Lock
Sumber: Bernama