Siakap Keli
lelaki maut dibaham buaya
Gambar: Sinar Harian

Lelaki Maut, Dibaham Buaya Ketika Tengah Cuci Pakaian

Lelaki Maut, Dibaham Buaya Ketika Tengah Cuci Pakaian

KINABATANGAN —  Seorang lelaki dilaporkan maut selepas diserang oleh buaya dalam satu kejadian di tebing Sungai Terusan Dumundung, Sukau, semalam.

Memetik Sinar Harian, mangsa, 42, sewaktu kejadian sedang mencuci pakaian dan mandi sebelum disambar reptilia berkenaan.

Pada jam 3.30 petang, mayat lelaki terbabit ditemukan dalam mulut buaya sebelum dilepaskan kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa diserang.

lelaki dibaham buaya
Gambar: Sinar Harian

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, pada pukul 3.10 petang pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian.

Jelasnya, lima anggota bomba dari BBP Kota Kinabatangan terpaksa menempuh jarak perjalanan sejauh 62 kilometer sebelum tiba di lokasi kejadian.

“Menurut rakan mangsa, ketika kejadian mangsa sedang mencuci pakaian dan mandi di tebing sungai tersebut sebelum diserang dan dibaham di bahagian kaki.

“Penduduk kampung mengekori buaya tersebut dan melihat mangsa masih berada di mulutnya.

“Tubuh mangsa kemudian dilepaskan dan penduduk kampung bertindak mengambil mayat berkenaan,” ujarnya sewaktu dihubungi Sinar Harian.

lelaki dibaham buaya
Gambar: Sinar Harian

BACA JUGA: Jadi Siulan Ramai, Penyanyi Asal Tampil Jelaskan Maksud Sebenar Lagu ‘Dawai’

Tambah Nurul Azlan lagi, pada awalnya, mayat mangsa telah dibawa ke rumah keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 5.38 petang,” maklum Nurul Azlan.

Lelaki Maut, Putus Kaki Dibaham Buaya Ketika Petik Kangkung

Sebulan yang lalu, seorang lelaki dilaporkan maut selepas menjadi mangsa seekor buaya sepanjang tiga meter di Kabupaten Mamuju Tengah, Sulawesi Barat Indonesia, lapor Detik.com.

Difahamkan, buaya tersebut telah menyerang mangsa yang berusia 45 tahun itu ketika dia sedang memetik kangkung di parit sebuah ladang kelapa sawit.

Koordinator Pusat Data dan Informasi BPBD Mateng, Rezky Ilhamsyah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.40 petang waktu tempatan.

Sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan pada awalnya telah keluar rumah dan pergi ke ladang kelapa sawit untuk memetik kangkung.

“Mangsa diserang buaya ketika sedang mencari kangkung untuk memberi makan ternakannya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.