Siakap Keli
maksud lagu dawai
Gambar: Tangkap Layar TikTok @muzik.dihati & Instagram Fadhilah Intan

Jadi Siulan Ramai, Penyanyi Asal Tampil Jelaskan Maksud Sebenar Lagu ‘Dawai’

Jadi Siulan Ramai, Penyanyi Asal Tampil Jelaskan Maksud Sebenar Lagu ‘Dawai’

“Dawai yang telah lama ku petik, sumbang dan terus lirih berpekik.. Doa yang pernah ku ucap, syurga tak menjawab… Betapa sungguh tega oh hatimu..” 

Itulah antara bait lirik lagu ‘Dawai’ yang kini sedang menjadi siulan warganet khususnya di platform TikTok.

Pastinya setiap kali lagu berkenaan muncul di For Your Page (FYP), ia sering menimbulkan rasa sedih dan goosebump terhadap para pendengar.

Dalam sebuah siaran langsung (Live) di TikTok baru-baru ini, penyanyi asal lagu berkenaan, Fadhilah Intan mendedahkan maksud di sebalik perkataan ‘Dawai’ dalam lirik lagu yang mencetuskan fenomena itu.

Katanya, perkataan yang dinyanyikan tersebut merujuk kepada tali gitar yang dipetik.

“Erti Dawai dalam lagu ini adalah sebenarnya kalau kamu search di Google, Dawai itu bermaksud alat muzik petik atau seperti tali gitar.

“Jadi kalau kamu dengar liriknya ada ‘Dawai yang telah lama ku petik, Sumbang dan terus lirih berpekik’ itu bermaksud alat muzik yang sering kita mainkan contohnya gitar.

“Setiap hari kita mainkan nih, kita pasti mengharapkan suara yang keluar dari alat muzik gitar tersebut adalah suara yang indah dan bukan sumbangkan?

“Tapi pada suatu hari, di saat kita mainkan gitar atau main harp, suara yang dihasilkan itu adalah suara yang sumbang atau dengan kata lain suaranya tidak indah,” katanya dalam live tersebut.

BACA JUGA: GV10: Tok Ram Jelaskan Pemarkahan Sesi Duet, Tolak Lima Markah Jika Nyanyi Lagu Asal Artis Jemputan

Berhubung penerangan bait lirik itu, penyanyi kelahiran Indonesia itu merumuskan kembali dalam realiti kehidupan.

“Kalau kita reflect ke kehidupan sebenar, ia bermaksud kehidupan yang dijalani setiap hari tidak selalu berjalan lancar. Pasti ada masalah, jadi lebih kurang itu.

“Jadi, lagu Dawai menceritakan tentang sebuah kehidupan tidak akan ada yang sempurna, tentunya ada masalah, cabaran sendiri oleh setiap orang dan tidak boleh dibandingkan,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, lagu Dawai merupakan lagu latar (soundtrack) dalam Filem Air Mata di Ujung Sajadah (Indonesia).

Lagu hasil ciptaan Hendro Djasmoro dan Albert Juwono ini telah mendapat perhatian ramai sejak bulan lalu di aplikasi TikTok.

@muzik.dihati

Arti Lagu Dawai – @Fadhilah Intan Nah akhirnya terjawab sudah apakah arti Dawai dalam lagu ini .. #artilagudawai #dawaifadhilahintan #fadhilahintandawai #dawai #dawailive #airmatadiujungsajadah

♬ original sound – Lagu Galau Aja – Lagu Galau Aja

Sumber: TikTok @muzik.dihati

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?