Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

1 OKTOBER 2023, Kuala Lumpur – Dew Challenge yang penuh bertenaga kembali pada tahun ini di pentas nasional, dengan sokongan dan kolaborasi sekali lagi bersama rakan kongsinya, PUBG. Menggabungkan aksi terbaik dari dunia maya dan realiti dalam salah satu kejohanan paintball bertemakan PUBG terbesar, acara ini bakal membawa semua elemen yang digemari pemain PUBG ke dunia realiti. Bertujuan untuk menarik perhatian golongan muda yang gemar bersukan dan pengembaraan, dan perhatian pemain-pemain PUBG, para peserta dapat mengalami pengalaman imersif yang penuh dengan idea unik dan baharu.
Mulai 1 Oktober, peserta yang berminat boleh membeli sebotol Mountain Dew 400ml, layari laman web Dew Challenge di dewchallenge.com dan masukkan kod unik di bawah penutup botol untuk mendaftar dan menebus hadiah seperti UC Coins, barangan dalam permainan, merchandise dan baucar rakan kongsi. Setiap penebusan botol memberikan anda sejumlah Dew Coins yang ditentukan secara rawak, dan menyumbang kepada kedudukan leaderboard wilayah mereka. Pemain-pemain terbaik dari setiap leaderboard akan diberi keutamaan untuk menyertai pusingan peringkat wilayah yang menarik dan bertenaga, merangkumi 4 wilayah di Malaysia: Utara, Selatan, Tengah dan Malaysia Timur, pada bulan November ini.
