Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Aaron Chia-Soh Wooi Yik Tarik Diri
Gambar: Bernama

Aaron Chia-Soh Wooi Yik Tarik Diri Dari Terbuka Perancis

Iqbal Yasir

Aaron Chia-Soh Wooi Yik Tarik Diri Dari Terbuka Perancis

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dilaporkan terpaksa menarik diri dari Terbuka Perancis 2023 petang tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, Wooi Yik mengalami kecederaan paha sebelum memasuki gelanggang pada pusingan pertama sebelum terpaksa melupakan kejohanan itu.

Susulan penarikan itu, ia menyaksikan lawan mereka dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin layak ke pusingan kedua secara percuma dan dijangka bertemu dengan beregu China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada Khamis.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berkata, beliau telah mendapat aduan daripada Wooi Yik berhubung kesakitan yang dialaminya sejak semalam.

Jelasnya, pemain terbabit mengadu sakit di bahagian paha dan berkemungkinan tidak mampu meneruskan kejohanan tersebut.

“Semalam (Selasa) selepas latihan Wooi Yik cakap sakit pada bahagian paha yang sebenarnya sudah dirasai semasa aksi separuh akhir Terbuka Denmark.

“Namun Wooi Yik cuba paksa (beraksi) sampai final dan muncul juara. Selepas itu kita buat satu perjalanan yang cukup penat dari Copenhagen ke Paris dan kemudian ke Nantes sebelum naik train ke Rennes.

“Selepas latihan kita ada berbincang bersama Wooi Yik serta Aaron untuk tengok perkembangan sehingga hari ini (Rabu). Pagi ini Wooi Yik buat keputusan tak payah main takut kecederaan bertambah teruk,” ujarnya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambah Rexy, Wooi Yik tidak mengalami kecederaan serius berdasarkan laporan daripada fisioterapi. Walau bagaimanapun, jika dia terus dipaksa bermain, ia berisiko membawa situasi yang lebih teruk.

BACA JUGA: Muncul Juara Terbuka Denmark, Aaron-Wooi Yik Raih Gelaran Jelajah Dunia Sulung

“Kalau dipaksa (bermain) menyertai kejohanan, tempoh dua minggu untuk pulih tak cukup. Jadi kita serahkan kepada Wooi Yik buat keputusan dan memilih untuk tidak bermain. Bagi peluang untuk proses pemulihan,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu hantaran menerusi Facebook juga mengesahkan perkara berkenaan selain berharap beregu ketiga dunia itu dapat kembali tampil dengan lebih segar selepas ini.

“Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri dari Terbuka Perancis 2023. Kami menantikan kemunculan semula mereka dengan lebih segar dan bertenaga,” maklum BAM dalam kenyataan tersebut.

Sandaran beregu lelaki utama negara itu selepas ini dijadual menyertai Masters Jepun bermula 14 hingga 19 November dan bakal bertemu lawan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin pada pusingan pertama.

Tamatkan Kemarau Gelaran

Terdahulu, pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu akhirnya menamatkan kemarau gelaran dalam Siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam Terbuka Denmark pada minggu lalu.

Pada pentas final yang berlangsung di Arena Jyske Bank, Odense, pasangan beregu itu menewaskan pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dengan keputusan 21-13, 21-17.

Untuk makluman, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mula digandingkan sejak 2017.

Sumber: Sinar Harian