Siakap Keli
bayi tertinggal dalam kereta
Kredit: BERNAMA

Bayi Perempuan Maut Tertinggal Dalam Kereta

Bayi Perempuan Maut Tertinggal Dalam Kereta

KUALA TERENGGANU, 25 Okt (Bernama) — Seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abd Rahim Md Din berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 4.30 petang selepas bayi terbabit dibawa ke pusat kesihatan pelajar di universiti berkenaan.

“Dalam hal ini, bedah siasat telah dijalankan di hospital (Hospital Sultanah Nur Zahirah) malam tadi dan sebab kematian belum diperoleh kerana masih menunggu analisis makmal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

BACA: Bayi Dua Bulan Maut Pada Hari Kedua Dihantar Ke Taska, Pengasuh Ditahan Polis

Abd Rahim berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas bapa bayi terbabit terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak universiti berkenaan pada sebelah pagi.

Beliau berkata kertas siasatan berkaitan kejadian itu dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau juga menasihati masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut pada hari kedua dia dihantar ke sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya pada Selasa lepas.

Difahamkan, bayi perempuan tersebut dipercayai di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska ketika menghembuskan nafas terakhirnya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Bayi Lelaki Ditemukan Di Luar Pusat Tahfiz

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana