Cara Buat Teh Tarik Dan Teh Ais Yang Betul
Rakyat Malaysia, siapa saja yang tak suka minum teh tarik? Mesti ada ramai yang pesan teh tarik kalau lepak di kedai mamak kan? Kalau bukan teh tarik, mintak teh ais.
Mesti kita tertanya-tanya, kenapa teh yang kita buat rasanya lain daripada teh yang kita minum di kedai?
Haa, kalau nak belajar buat teh tarik dan teh ais ala-ala kedai tu, boleh lah ikut cara-cara ni!
Cara Membuat Teh Tarik
Untuk membuat teh tarik, anda perlu gunakan teh yang tidak menggunakan perwarna. Untuk menyukat teh, anda akan memerlukan cawan penyukat dan kole air. Kita akan buat pati teh dulu.
Mula-mula, sediakan penapis teh dan masukkan dua cawan teh ke dalam tapis itu. Tapis itu dimasukkan ke dalam kole.
Kemudian, masukkan air dulu sebelum masukkan air panas. Air panas tu pastikan betul betul panas. Lepas tu, tapiskan teh ke kole yang lain, dan tapiskan semula ke kole yang asal.
Ulang sekurang-kurangnya tiga kali. Tujuan kita buat macam ni untuk mengeluarkan warna teh yang asli itu. Kita akan mendapat teh yang pekat.
Ambil cawan lain, tekan cawan pada hampas yang ada dalam tapis itu. Ini untuk keluarkan tehnya. Kemudian, buang hampas yang telah digunakan itu.
Ambil setengah cawan penyukat pati teh itu dan masukkan ke dalam cawan. Lepas tu, masukkan pula empat sudu besar susu pekat, (disyorkan untuk mengguna susu pekat Gold Coin ataupun F&N).
Akhir sekali letak air panas dan tarikkan teh itu. Tarik teh tidak lebih daripada tiga hingga empat kali. Teh tarik sudah pun siap!
Cara-cara Membuat Teh Ais
Untuk teh ais, kita gunakan cawan yang tinggi. Ambil pati teh itu setengah cawan sebanyak dua kali.
Masukkan susu pekat sebanyak enam sudu besar. Pastikan anda mengacau susu pekat itu dulu supaya ia sebati.
Kalau nak buat teh ais bungkus, sukatan susu pekat adalah tujuh sudu besar. Teh ais tidak memerlukan air panas.
Terus tarik teh dan kemudiannya masukan ais. Haa, siap dah teh ais!
Senangkan cara-cara nak buat teh tarik dengan teh ais ni? Bolehlah anda semua cuba buat di rumah. Selamat mencuba!
Sumber: Kat Dapur
BACA JUGA: Resipi Ayam Golek ‘Seksi’, Tak Perlu Beli Lagi Boleh Buat Sendiri