Siakap Keli
Misteri cahaya hijau langit
Kredit: Sinar Harian

Misteri Cahaya Hijau Di Langit Terbongkar, Rupanya Warna Lampu Bot Candat Sotong

Misteri Cahaya Hijau Di Langit Terbongkar, Rupanya Warna Lampu Bot Candat Sotong

Asal usul cahaya hijau misteri yang menyinari kaki langit Sungai Besar, Selangor akhirnya terungkai pada Rabu, hari ini.

Menurut Sinar Harian, lampu bot pukat cerut bagi mencandat sotong dikenal pasti  sebagai ‘dalang’ yang menyebabkan ruang udara kelihatan abnormal.

Difahamkan, sebelum ini orang ramai mulai gusar apabila melihat ufuk langit di Sungai Besar disinari cahaya berwarna hijau sejak kebelakangan ini.

Menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Selangor, Omar Abdul Rahman, perkara itu telah disahkan Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Besar.Kata beliau, lampu bercahaya hijau itu digunakan para nelayan bagi menarik perhatian sotong untuk memasuki pukat tersebut.

“Lampu hijau pada bot itu kebiasaannya berfungsi untuk dipancarkan ke kawasan dasar laut dan keadaan itu mungkin menyebabkan sinarannya naik hingga menjadikan langit kelihatan hijau,” katanya.

Jelas Omar, perkara itu dianggap perkara biasa dan bukannya fenomena ganjil dan luar biasa seperti didakwa pengguna di media sosial.

Justeru, beliau meminta orang ramai untuk tidak merasa khuatir kerana cahaya ini tidak memberikan kesan negatif terhadap manusia.

“Kaedah itu hanya digunakan nelayan bagi mendapatkan hasil tangkapan laut,” ujar beliau.

Orang ramai gusar melihat cahaya berwarna hijau yang terang di langit

BACA: Penting Bila Bawa Budak, Ini Cara Nak ‘Hidupkan’ Fungsi Child Safety Lock

Sebelum ini, media tempatan melaporkan penduduk di Sungai Besar gempar ketika menyaksikan fenomena sebahagian langit disinari warna hijau pada malam Selasa.

Imej tersebut telah diambil seorang pengguna Facebook yang memuat naik gambar fenomena itu berdekatan sebuah taman perumahan di sana.

Pemilik akaun Facebook tersebut dalam hantarannya berkata, cahaya hijau yang dilihatnya telah mencetuskan persoalan besar.

Bukan itu sahaja, penduduk yang menyaksikan fenomena tersebut turut meninggalkan komen pada keterangan gambar berkenaan.

Rata-rata tertanya-tanya berkenaan asal-usul atau punca kepada kemunculan cahaya tersebut.

BACA: Apa Beza “Decline/Accept” Dengan “Slide To Answer” Di Iphone Bila Panggilan Masuk? Ini Jawapannya

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.