Siakap Keli
Kenapa Pengguna iPhone Tak Boleh 'Decline' Panggilan Telefon Sesuka Hati?
Kredit: AFP & Business Insider

Apa Beza “Decline/Accept” Dengan “Slide To Answer” Di Iphone Bila Panggilan Masuk? Ini Jawapannya

Apa Beza “Decline/Accept” Dengan “Slide To Answer” Di Iphone Bila Panggilan Masuk? Ini Jawapannya

Ramai pengguna peranti iOS khususnya, iPhone akan setia menggunakan jenama tersebut sepanjang hayat mereka.

Hal ini disebabkan, mereka lebih selesa dan lebih gemar dengan apa yang ditawarkan dalam setiap peranti yang dikeluarkan syarikat Apple.

Sungguhpun begitu, terdapat satu perkara yang tak semua perasan, namun menjadi pertanyaan sesetengah pengguna produk Apple ini.

Perasan atau tidak, apabila ada panggilan masuk, skrin pada iPhone biasanya menunjukkan dua paparan berbeza untuk menerima panggilan berkenaan.

Untuk pengetahuan pembaca, terdapat dua jenis paparan untuk iPhone dalam situasi panggilan masuk iaitu paparan “Decline/Accept” dan “Slide to answer”.

Lalu timbul pertanyaan, apa bezanya kedua-dua paparan ini? Kenapa paparan yang keluar berbeza-beza mengikut situasi pengguna ketika panggilan berkenaan masuk?

Jom kita kupas sama-sama.

Slide to answer” akan tertera jika skrin dalam keadaan terkunci

Jawapannya ringkas sahaja sebenarnya. Perbezaan paparan yang keluar bergantung kepada keadaan telefon bimbit anda ketika panggilan masuk.

Paparan “Decline/Accept” ditunjukkan apabila skrin telefon sedang aktif dan anda sedang menatal skrin telefon berkenaan.

Manakala paparan “Slide to answer” pula dipaparkan dalam keadaan telefon bimbit terkunci atau skrin tidak aktif.

Dibawah adalah paparan panggilan masuk ketika telefon sedang dikunci.

iphone panggilan telefon
Kredit: Business Insider

Manakala, ini pula keadaan antara muka iPhone apabila menerima panggilan dalam keadaan skrin tidak dikunci.

iphone panggilan telefon
Kredit: Business Insider

Menurut Reader Digest, idea di sebalik dua paparan ini adalah apabila telefon berada dalam keadaan tidak terkunci, ini menjadi petanda bahawa pengguna sedang aktif menggunakan telefon bimbit.

Pengguna ketika itu mungkin sedang melakukan sesuatu seperti menaip, membaca email atau perkara-perkara lain. Jadi paparan “Decline/Accept” diberikan dimana pengguna diberikan dua pilihan.

Pertama, menolak panggilan dan meneruskan aktivitinya atau kedua, menerima panggilan masuk tersebut.

Manakala, ketika telefon bimbit berada dalam keadaan terkunci, ia mungkin menjadi petanda telefon bimbit disimpan di tempat-tempat tertentu seperti di dalam kocek ataupun beg.

Ia juga menandakan pengguna tidak memberikan tumpuan kepada telefon bimbit pada waktu berkenaan.

Jadi, jika paparan “Decline/Accept” diberikan dalam situasi ini, ada kemungkinan pengguna tertolak atau menerima panggilan secara tidak sengaja ketika mencapai telefon bimbitnya.

Justeru, paparan “Slide to answer” diberikan kerana ia lebih rumit untuk menerima panggilan tersebut dan memerlukan pengguna memberi fokus sebelum panggilan dapat dijawab.

Bagaimanapun, pengguna iPhone masih boleh menolak panggilan yang masuk ketika keadaan telefon bimbit berkunci.

Caranya, apabila menekan sekali butang kuasa atau butang kunci, nada dering panggilan akan disenyapkan. Tekan dua kali pula, panggilan berkenaan akan dimatikan.

Namun ada kemungkinan pemanggil menyedari panggilannya ditolak kerana biasanya pesanan voicemail akan dihantar sebaik sahaja anda menolak panggilan tersebut.

BACA: Penting Bila Bawa Budak, Ini Cara Nak ‘Hidupkan’ Fungsi Child Safety Lock

Sumber: Business Insider, Reader Digest

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma