Siakap Keli
mangsa pembunuhan video call
Kredit Sanook

Keluarga Mangsa Pembunuhan Terkejut, Tiba-Tiba Mangsa Video “Call” Ketika Nak Dikebumikan

Keluarga Mangsa Pembunuhan Terkejut, Tiba-Tiba Mangsa Video “Call” Ketika Nak Dikebumikan

Majlis pengebumian seorang remaja mangsa pembunuhan kejam bertukar kecoh selepas rakannya menerima panggilan daripada si mati, lapor The Thaiger.

Kes pembunuhan ngeri seorang remaja Honduras itu telah menggemparkan masyarakat tempatan pada minggu lalu.

Ketika mayat mangsa ditemui pada 15 Oktober lalu, ia ditemui dalam keadaan ngeri dengan beberapa kesan tembakan di kepala dan leher.

Bagaimanapun, ketika kaum keluarga yang sedang berkabung bersedia untuk pengebumian mayat, mereka dikejutkan dengan satu berita gempar.

Ketika keranda sedang disediakan, salah seorang rakan mangsa menerima panggilan video daripada mangsa yang terkorban itu.

Menerusi temu bual bersama media tempatan, ibu mangsa menyangka bahawa rakan anaknya itu bergurau berkenaan panggilan video tersebut.

“Saya sangat terkejut apabila kawan-kawan anak saya memberitahu saya bahawa anak saya menelefon mereka. Saya ingat mereka bergurau,” kata ibu mangsa.

Selepas kejadian itu, ibu mangsa juga kemudiannya menerima panggilan video daripada mangsa .

Mangsa telah membuat panggilan video kepada ibunya untuk mengesahkan bahawa dia masih hidup dan sihat.

Menurut laporan, mangsa telah meninggalkan rumah tiga minggu lalu sebelum pergi ke Amerika Syarikat.

Ketika panggilan itu dibuat, mangsa berada di sempadan Guatemala-Mexico sambil meyakinkan ibunya dengan suara yang ceria bahawa dia masih lagi hidup.

“Saya di sini, saya di sempadan. Saya masih hidup, saya tidak mati,” kata mangsa kepada ibunya.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Selepas berita itu diketahui, mereka segera memaklumkan kepada polis tentang situasi yang pelik itu.

Pegawai polis tiba di pengebumian dan siasatan lanjut mendedahkan bahawa mayat itu berkemungkinan milik seorang lagi remaja berusia 15 tahun yang telah hilang.

Keluarga mangsa remaja itu kemudiannya mengesahkan identiti mayat dan keranda dibawa pulang ke rumahnya untuk upacara pengebumian.

“Mereka kelihatan sangat serupa. Kami membersihkan mayat dan berkabung, tetapi mayat itu ternyata bukan milik anak saya. Kami keliru, begitu juga polis,” cerita lagi ibu mangsa.

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka