Siakap Keli
harga siling ayam dan telur
Kredit: BERNAMA

Selaraskan Semula Harga Siling Runcit Ayam & Telur – Johari Abdul Ghani

Selaraskan Semula Harga Siling Runcit Ayam & Telur – Johari Abdul Ghani

Kerajaan dinasihatkan untuk mengambil kaedah melaraskan semula harga siling runcit ayam dan telur mengikut kenaikan serta penurun harga pasaran komiditi dunia bagi solusi jangka panjang mengatasi masalah bekalan negara.

Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata masalah tetap terjadi walaupun kerajaan telah membelanjakan subsidi kepada penternak sebanyak RM3.8 bilion hanya untuk subsidi ayam dan telur.

Jelasnya, dahulu pengeluaran ayam sangat stabil, lebih 100 peratus dan telur pula mencapai sebanyak 110 peratus sehingga industri ayam dan telur Malaysia berjaya mengeksport ke pasaran luar negara.

“Punca kepada masalah bekalan telur dan ayam di negara kita baru-baru ini adalah disebabkan kenaikan harga komoditi dunia di mana sumber makanan ayam, komoditi jagung dan kacang soya yang diimport telah naik dengan berkali-kali ganda.

“Untuk solusi jangka masa panjang, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya apabila harga komoditi dunia bagi makanan ayam meningkat lagi, kerajaan boleh mengambil kaedah dengan melaraskan semula harga siling runcit ayam dan telur mengikut kenaikan serta penurun harga pasaran komoditi dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan seperti yang dikongsikan di laman X (dahulu dikenali sebagai Twitter) pada Rabu.

Tambah Johari, kerajaan juga tidak pernah membelanjakan sebarang subsidi kepada industri tersebut kerana Malaysia boleh mencapai kadar sara diri (self-sufficiency rate) yang cukup bekalan tersebut pada suatu ketika dahulu.

Malah, industri itu juga dikatakan tidak pernah mempunyai sebarang masalah.

Beliau turut mengatakan kerajaan perlu memberikan bantuan melalui ‘cash transfer’ kepada penternak sekiranya melaraskan kenaikan harga siling runcit ayam dan telur.

Langkah ini dibuat adalah untuk menjaga golongan B40 dan pertengahan M40 yang terjejas akibat pelarasan tersebut.

BACA: Wan Rosdy, Johari & Mohamed Khaled Menang Jawatan Naib Presiden UMNO

“Sudah tentu jumlah subsidi yang diberikan ini juga perlu mengikut penurunan dan kenaikan selaras dengan harga siling runcit yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Impak kepada kaedah pelarasan harga siling runcit dengan mengikut kenaikan dan penurunan harga pasaran bebas komoditi dunia serta sokongan pemberian subsidi terus kepada golongan sasar boleh memberi kesan kepada kestabilan kepada industri secara keseluruhan.

“Impak lain termasuk syarikat boleh berjalan dengan baik dan tidak ditutup, kerajaan boleh mendapatkan cukai hasil dari keuntungan syarikat di sebabkan perkembangan industri yang sihat,” tambahnya.

Johari turut berkata negara juga boleh memperoleh semula kadar 100 peratus ‘self-sufficient’ dan tidak perlu bergantung kepada bekalan import ayam dan telur.

“Dalam pada itu, negara dapat membangun serta mengukuhkan kedudukan ‘food security‘ bagi industri ayam dan telur.

“Negara juga mampu mengeksport ke pasaran luar negara dan meyakinkan negara pengimport untuk membeli bekalan dari Malaysia,” ujarnya.

Sumber: @joharighani/Twitter

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.