Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Telur Dadar Thai RM13 Tular, 200 Set Telur Habis Terjual Semalam

Azmil
telur thai rm13

Telur Dadar Thai RM13 Tular, 200 Set Telur Habis Terjual Semalam

Baru-baru ini tular bermula di TikTok dan merebak ke media sosial lain tentang isu telur dadar Thai atau Thai Omelette dijual oleh Dania Sedek. Thai Omelette dengan harga RM13 itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata berpendapat, Thai Omelette dijual di restoran Niase itu terlalu mahal. Dania Sedek selaku pemilik restoran telah menjelaskan bahan-bahan yang digunakan serta cara penyediaan Thai Omelette tersebut. Boleh rujuk dua video di bawah.

Semalam, Dania memuatnaik satu gambar menerusi Facebook miliknya menyatakan 200 set telur habis dijual. Dania juga berkata “semoga Asbab Thai Omelette Niase, Menjadi punca rezeki peniaga lain. Terutama peniaga yang mengutuk mengejek & menganjing buat video .

“Semoga Allah Limpahkan kalian dengan rezeki meluak2 . Amin Ya Allah,” tambahnya. Beliau juga berkata, tidak marah dengan reaksi netizen yang bengang dengan telur dadar thai RM13, cuma kesian kerana “Teloq Niase” satu Malaysia jadi tak tentu hala.

Walauapapun, elakkan kecam-mengecam sesama masyarakat. Pendapat dan nasihat boleh diberikan secara berhemah dan tidak menyakiti perasaan sesiapa. Jangan normalisasikan kecam-mengecam sesama makhluk kerana ia akan menjadi ikutan generasi yang lebih muda.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02rxE7FQBWYcMjUNqCqTgNsjVdAsDqrDpwKGDpQEWeQtGR4e6XttDFezvbQyVJksuzl&id=100009404897037

BACA: Kembang Elok Dan “Crispy”, Cara Buat Telur Dadar Sedap Macam Kedai Siam

Sumber: Dania Sedek