Siakap Keli
Shopee SPayLater

Bukan Dalam Shopee Je, Kedai Fizikal Pun Mula Terima SPayLater, Ini Cara Guna Dengan Bijak

Bukan Dalam Shopee Je, Kedai Fizikal Pun Mula Terima SPayLater, Ini Cara Guna Dengan Bijak

Pengalaman membeli-belah pasti lebih menyeronokkan apabila anda membeli-belah secara bijak. Temui produk sempurna bersesuaian dengan kehendak anda sambil memaksimumkan pengurusan kewangan anda.

Sistem Buy Now, Pay Later (BNPL) pada masa kini dilihat semakin popular dalam kalangan pengguna. Akan tetapi, kalau main beli je sehingga melebihi daripada kemampuan, benda tu pastinya boleh memerangkap kita di kemudian hari. Dengan itu, bagi mengelakkan perkara itu daripada terjadi, baik amalkan perbelanjaan bijak dengan SPayLater.

SPayLater dalam Shopee

Bagi sesiapa yang belum tahu apa itu  SPayLater, ia adalah satu perkhidmatan pembayaran (BNPL) yang menawarkan pengguna fleksibiliti untuk membeli barangan menerusi aplikasi Shopee ataupun di kedai fizikal. Pengguna hanya perlu membayar bil pertama diikuti dengan pembayaran secara ansuran (instalment) sehingga 12 bulan sahaja.

Untuk kedua-dua mod pembayaran BNPL atau ansuran bulanan (instalment), yuran pemprosesan sebanyak 1.5% akan ditambah dalam jumlah keseluruhan pesanan tersebut. SPayLater akan mengingatkan anda untuk membuat pembayaran bil sebelum tarikh akhir bayaran untuk mengelakkan caj bayaran lewat sebanyak RM10. Berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan mungkin sukar buat sesetengah individu, namun fleksibiliti kewangan yang ditawarkan SPayLater dapat membentuk disiplin ini dalam jangka masa panjang.

Cara Untuk Jadi Pembeli Yang Bertanggungjawab dengan SPayLater

Sini kami kongsikan beberapa tip untuk diamalkan sebelum menggunakan SPayLater:

Kenal Pasti Keperluan Atau Kehendak?

Sebelum berbelanja , tanya diri sendiri dulu sama ada betul-betul perlukan sesuatu barang tu atau hanya sekadar kehendak sahaja? Ini kerana keperluan dan kehendak adalah dua perkara yang berbeza. Contoh keperluan adalah makanan, barangan runcit, petrol dan lain-lain lagi. Kalau kehendak pula ialah sesuatu benda yang kalau tidak ada pun anda boleh hidup, contohnya baju, tas tangan, rantai emas dan macam-macam lagi. Justeru, berbelanjalah secara bertanggungjawab dengan SPayLater untuk memenuhi keperluan daripada kehendak anda.

Peringatan semasa mengguna BNPL

Bila guna SPayLater ni, dinasihatkan supaya anda buat kira-kira dulu untuk perbelanjaan bulanan akan datang sebelum  menggunakannya. Bukan apa, takut akan ganggu aliran tunai dan simpanan anda pula. Yelah bila dah melibatkan pembayaran ansuran ni, khuatir ia akan menjejaskan bajet bulanan pula nanti. So, buatlah kira-kira dengan teliti dan rancang bajet bulanan terlebih dahulu sebelum guna SPayLater ni.

Fahami terma-terma BNPL!

Sebelum guna SPayLater ni, baik ambil tahu dan fahami berkenaan terma dan syarat SPayLater ni duluseperti ia mempunyaicaj lewat dan yuran pemprosesan yang telah ditetapkan sebanyak 1.5%. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, klik je dekat Soalan Lazim (FAQ) ni. Selain daripada tu juga, elakkan perbelanjaan secara impulsif walaupun anda memiliki had kredit yang tinggi. Anda juga boleh nikmati pulangan wang tunai atau pelbagai ganjaran menarik dengan guna SPayLater ni tau. Lagi banyak guna, lagi akan jimat.

Urus Kewangan Dengan Baik Melalui SPayLater

Bila anda jenis yang berdisiplin bab urusan kewangan ni, anda mesti akan pastikan anda dapat jejak perbelanjaan kewangan bulanan anda kan? Dan, apa yang paling penting adalah keadaan kewangan anda tidak terikat dengan bebanan hutang yang melampau. Kalau guna SPayLater ni, ia sememangnya boleh membantu untuk ‘keep track’ perbelanjaan dengan lebih mudah sebab setiap bulan anda akan tahu berapa jumlah yang perlu dibayar tanpa caj lebihan (melainkan tambahan caj lambat bayar).

Gunakan SPayLater di kedai-kedai fizikal untuk dapatkan ganjaran menarik!

Anda tahu tak?Dengan menggunakan SPayLater menerusi aplikasi Shopee di kedai fizikal, anda boleh nikmati pelbagai ganjaran menarik? Contohnya, imbas je mana-mana kod QR DuitNow di lebih 1.6 juta kedai fizikal, atau suruh cashier untuk mengimbas kod QR ShopeePay dekat gajet anda untuk nikmati ganjaran tunai sebanyak RM5 bagi pembayaran kedai fizikal pertama serta 300 Syiling Shopee selanjutnya, setiap hari. Tapi pastikan anda rujuk terma & syarat kempen untuk lebih lanjut!

Cara-cara Guna SPayLater di kedai fizikal

Sebenarnya tak susah pun nak guna SPayLater ini di kedai-kedai fizikal. Malah korang boleh buat dengan cepat dalam sekelip mata sahaja menggunakan aplikasi Shopee. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Pilih profil di bahagian kanan bawah
  3. Cari ‘My Wallet’
  4. Tekan SPayLater
  5. Aktifkan dengan mengesahkan identiti
  6. Beli gunakan SPayLater
  7. Bayar semula mengikut tempoh bayaran balik
  8. Dapatkan penjimatan dengan baucar

SPayLater Sokong Bulan Literasi Kewangan Sepanjang Oktober 2023

Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) akan mengadakan Bulan Literasi Kewangan pada setiap
bulan Oktober untuk meningkatkan tahap literasi kewangan rakyat Malaysia. FEN juga akan
menganjurkan ‘Karnival Celik Kewangan’ di AEON Mall, Kulaijaya, Johor pada 27 – 29 Oktober
2023 ni. Akan ada pelbagai aktiviti, reruai dan cabutan bertuah tau. Rugi kalau tak datang!

Jom start shopping dan menggunakan mod pembayaran SPayLater! KLIK SINI.

Aqmal Ezany

I write what is right