Siakap Keli

Kuala Lumpur International Beauty Week (KLIBW) Kembali Dengan Edisi Kedua, Diriaskan Oleh Lazada

KL INTERNATIONAL BEAUTY WEEK (KLIBW) KEMBALI DENGAN EDISI KEDUA, DIRIASKAN OLEH LAZADA

Kuala Lumpur International Beauty Week (KLIBW) yang hangat ditunggu-tunggu kini kembali bagi tahun kedua bersama LazBeauty by Lazada sebagai rakan rasmi, dan ianya menjanjikan pengalaman yang lebih glam dan mengasyikkan. Acara yang penuh glamour dan meriah ini bakal berlangsung pada 18hb dan 19hb November 2023 di Hall 1, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), menawarkan dua hari keraian dunia kecantikan.

Misi KLIBW bukan sekadar konvensyen lazim, malah ia bertujuan untuk menjadi gema paksi mengumpulkan pakar kecantikan dan para peminat untuk bertemu dan berkongsi trend terkini, petua serta inovasi dalam industri kecantikan. KLIBW 2023 akan menampilkan lebih 150 jenama kecantikan tempatan dan antarabangsa yang terkenal semuanya boleh didapati semasa acara unggul tersebut.

KLIBW juga bakal diceriakan dengan aktiviti dan tawaran O2O yang dikuasakan oleh Lazada, perintis platform eDagang di Asia Tenggara dan destinasi beli-belah dalam talian pilihan penggemar kecantikan. Lazada turut mengetengahkan ‘LazBeauty’ iaitu saluran dalam talian istimewa yang menampilkan pelbagai produk kecantikan yang sedang trending dan amat diimpi-impikan, termasuklah kosmetik dan produk penjagaan kulit. LazBeauty di aplikasi Lazada juga memaparkan fungsian unik seperti ‘My Beauty Profile’, ‘Virtual Try-On’, ‘Try & Buy’ serta ‘Skin Test Technology’ iaitu perkakasan analisis kulit dalam talian yang dikuasakan oleh teknologi AI (kecerdasan buatan) dan AR (Realiti Terimbuh), di samping penemuan terbaharu, idea dan pilihan hangat yang bakal mengilhamkan inspirasi di kalangan orang ramai untuk menyerlahkan kecantikan dan stail tersendiri. Mereka yang telah mendaftar sebagai ahli LazBeauty Club menerusi aplikasi Lazada dan membuat pembelian menerusi saluran LazBeauty juga bakal menikmati pengalaman gabungan luar talian dan dalam talian yang lebih mengasyikkan, dengan akses laluan pantas (fast lane), faedah dan hadiah menawan, serta beg pouch eksklusif yang mengandungi sampel dari pelbagai jenama kecantikan.

Salah satu upacara utama ialah “The Beauty Stage” di mana peserta boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menarik, termasuk sesi soal jawab bersama Marion Caunter, di mana dia akan berkongsi rahsia untuk mendapatkan kulit yang sihat, serta sesi bertemu dan beramah bersama Amber Chia untuk jenama kecantikannya sendiri, iaitu Shero Global. Tambahan pula, peserta boleh mempelajari teknik solekan terbaru dengan jenama terkemuka dari Indonesia, iaitu Artisan Professionel, yang mana peserta akan mempelajari seni melukis kening dari Sarra Brows, dan mengikuti tutorial solekan yang diketuai oleh ALLIE dan Kate Tokyo. Bagi peserta yang ingin meningkatkan pengetahuan tentang penjagaan kulit, terdapat perbincangan mengenai penjagaan terbaik untuk mengekalkan kulit yang sihat daripada RC Clinic. Cabutan bertuah harian juga akan membolehkan peserta memenangi produk kecantikan premium.

“The Beauty Lounge” merupakan salah satu aspek menarik dalam acara tersebut, di mana para peserta boleh berehat dengan selesa, menikmati hidangan ringan di booth makanan, menyaksikan pelancaran produk kecantikan eksklusif, serta bertemu dan bersalaman bersama selebriti. Suasana santai dan elegan ini juga akan menjadi latar kepada sesi temu duga secara langsung dan demonstrasi produk bersama pakar kecantikan.

Bagi mereka yang ingin mengabdikan momen Instagram, KLIBW juga menyediakan empat ‘photobooth’ di setiap penjuru dewan. Para peserta boleh mengumpul setem dalam Beauty Passport mereka dan memuat naik gambar menggunakan hashtag #KLIBW dan #KLBeautyWeek, serta tag @klbeautyweek pada gambar tersebut.

Inisiatif Beauty Passport direka untuk meningkatkan pengalaman peserta. 400 pelawat pertama pada kedua-dua hari akan menerima Pasport Kecantikan, membolehkan mereka melawat lebih daripada 40 ‘Beauty Booth’ yang menawarkan sampel serta peluang untuk mecuba produk terbaru. Peserta yang berjaya mengumpul enam setem dalam Beauty Pasport mereka berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

Selain itu, KLIBW akan memberikan 300 Beg Goodie Beauty pada setiap hari. Bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan slot ini, para peserta digalakkan untuk mengikuti akaun KLIBW di laman Instagram dan TikTok.

Kemuncak acara KLIBW ialah Pertandingan Mekap, yang menjadi platform bagi artis solek untuk mempamerkan bakat mereka. Upacara ini ditaja oleh Artisan Professionnel, yang mana kesemua sepuluh peserta akan menerima produk solekan istimewa daripada Artisan Professionnel. Tiga pemenang teratas yang dipilih akan menerima hadiah wang tunai, trofi dan hamper kecantikan yang diimpikan.

Penaja produk seperti Artisan Professionel, Amiro, Luxe oleh Yanzi, Youvit dan Mecredi, adalah antara jenama yang memberi sumbangan besar untuk acara KLIBW ini.

Tiket untuk KL International Beauty Week (KLIBW) 2023 boleh diperolehi secara percuma. Para peserta digalakkan untuk mendaftar awal melalui Eventbrite bagi memudahkan akses dan mengelakkan pembaziran masa untuk menunggu giliran. Kaunter pendaftaran juga akan disediakan di tempat acara.

Akses eksklusif dan pantas ke KLIBW 2023 juga disediakan untuk ahli LazBeauty. Mereka hanya perlu menunjukkan keahlian LazBeauty Club melalui aplikasi Lazada untuk menikmati laluan pantas ke KLIBW 2023.

Acara ini menampilkan 150 barisan jenama kecantikan yang terkenal, seperti MIKASERIES, The Hair TRIC & Lashility Academy, Emina, Wardah, ALLIE, Kate Tokyo, AXIS-Y, Somethinc, SKINFOOD, Whitelab, Mare by Marion Caunter, AMIRO, Hada Labo, L’Oréal Paris, Garnier, You Beauty, Lavojoy, Biotherm, Clef Skincare, Beauty of Joseon, Hernation, Wira Buatan Tangan, Paula’s Choice, The Body Shop, The Colorist Malaysia, Cosmoderm, Laifen, Young and Glow, Cellvia, Artisan Professionnel, Mercredi, LG, Dancoly, EE Clinic, RC Skin Labs, LUMI, Nature’s Palette, BSKIN, Natura, FingerBook Nail, Wonder Potion, Chriszen, dan Kyut Skin. Untuk maklumat terkini mengenai jenama yang bakal mengambil bahagian, para peserta digalakkan untuk melawat laman Instagram KLIBW.

KL International Beauty Week 2023 adalah lebih daripada sekadar acara; ia juga merupakan taman permainan kecantikan utama anda. Jangan lupa untuk sertai kami pada 18hb dan 19hb November 2023, di MVEC Hall 1 dan temui pelbagai produk kecantikan terbaru.

Untuk butiran lanjut mengenai KL International Beauty Week (KLIBW) 2023, klik pada pautan ini dan ikuti platform sosial @KLBeautyWeek di laman Instagram dan Tiktok, dan imbas kod QR di bawah untuk mendaftar sebagai ahli LazBeauty Club untuk menikmati lebih banyak faedah dan kejutan menarik.

Nur Farra