Cara Melegakan Kaki ‘Cramp’, 3 Cara Boleh Dilakukan
‘Cramp’ atau kekejangan pada otot merupakan sesuatu yang sering terjadi pada kita. Lebih-lebih lagi apabila kita selesai bersukan.
Kadang-kadang, kita mungkin terlupa untuk membuat ‘warm up’ dan ‘cooling down’ sebelum dan selepas bersenam. Ini akan menyebabkan kekejangan otot.
Otot yang paling mudah kejang adalah pada bahagian betis dan sekeliling peha. Lengan, abdomen, tangan dan kaki juga boleh kena kekejangan.
Mari kita selami perkongsia daripada Hello Doktor tentang kekejangan dan langkah-langkah untuk melegakan kekejangan ini.
Punca kram kaki yang anda perlu tahu

Kram otot boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Lazimnya, ia berpunca daripada penggunaan otot secara berlebihan terutamanya ketika anda bersenam.
Selain itu, kecederaan otot dan dehidrasi turut boleh menyebabkan masalah kram.
Dehidrasi adalah keadaan di mana badan kita kehilangan terlalu banyak air sehingga mengganggu proses fisiologi normal di dalam badan.
- Kalsium
- Kalium
- Natrium
- Magnesium
Dalam sesetengah kes, kram otot boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan yang dialami.
Antara masalah kesihatan yang sering dikaitkan dengan kram otot adalah seperti berikut:
- Saraf tulang belakang terhimpit
- Pengambilan alkohol
- Kehamilan
- Kegagalan buah pinggang
- Hipotiroidisme
Ada juga keadaan di mana punca berlakunya kram otot tidak begitu jelas. Ia merupakan gejala yang sangat lazim dan kadangkala boleh berlaku tanpa amaran.
Adakah kejang kaki perlu didiagnosis?

Bukan semua jenis kram otot merupakan gejala kepada sebarang penyakit. Kadangkala, ia boleh jadi tidak berbahaya dan tidak memerlukan perhatian doktor.
Walau bagaimanapun, dalam situasi tertentu seperti kram menjadi semakin teruk, ia tidak hilang dengan pergerakan regangan atau kekal dalam satu tempoh masa yang lama, rujukan kepada doktor boleh membantu anda mengenal pasti punca.
Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang memerlukan rawatan.
Antara soalan yang boleh ditanya adalah seperti berikut:
- Berapa kerap masalah kram otot berlaku?
- Otot mana yang sering mengalami kram?
- Adakah anda mengambil sebarang ubat?
- Adakah anda mengambil minuman alkohol?
- Adakah anda sering bersenam?
- Berapa banyak air kosong yang anda ambil setiap hari?
Jika anda seorang wanita, ujian kehamilan akan dibuat berikutan ia turut menyebabkan masalah kram.
Doktor anda juga mungkin akan membuat ujian elektromyogram (EMG).
Ia merupakan ujian yang boleh mengukur aktiviti otot dan memeriksa jika terdapat perkara tidak normal padanya.
Sekiranya doktor mengesyaki anda menghidap masalah berkaitan dengan saraf tunjang, penggunaan imbasan pengimejan resonans magnet (MRI) boleh memberikan gambaran yang lebih jelas.
Apa yang anda perlu lakukan?

Apabila seseorang itu mengalami situasi ini, terdapat pelbagai cara mencegah kram kaki yang boleh diberikan kepada mereka.
Antara yang lazim dilihat adalah pergerakan regangan bagi otot yang terkesan untuk menghilangkan kram kaki.
Sebagai contoh apabila betis anda mengalami kejang, kaki anda boleh ditarik ke atas menggunakan tangan bagi meregangkan otot betis.
Ia bagi melegakan kesakitan yang berpunca daripada kram otot. Berikut merupakan alatan yang boleh digunakan:
- Tuala panas
- Pad pemanas
- Tuala sejuk
- Ais
Sekiranya simptom kejang tidak hilang dengan langkah di atas, anda boleh mengambil ubat tanpa preskripsi seperti ibuprofen.
Ia boleh membantu melegakan kesakitan otot secara perlahan-lahan.
Kram kaki boleh mengganggu tidur anda. Jika ia sering berlaku semasa anda tidur, anda perlu memaklumkannya kepada doktor yang merawat.
Mereka boleh memberikan ubat penenang otot sekiranya perlu.
Anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Pastikan diet anda mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi terutamanya kalium dan kalsium.
Lepas ni, jika anda semua mengalami kekejangan pada kaki, anda bolehlah mencuba cara-cara yang telah dikongsikan itu.
Sumber: Hello Doktor
BACA JUGA: Pekerja Kesihatan Di AS Berdepan Krisis Kesihatan Mental – CDC