Siakap Keli
rider blazer merah
Kredit Sinar Harian

Abang “Rider” Dan Lelaki Blazer Merah Sudah Bermaafan

Abang “Rider” Dan Lelaki Blazer Merah Sudah Bermaafan

Dua individu yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah bangunan di ibu kota dilaporkan telah saling bermaafan antara satu sama lain, lapor Sinar Harian.

Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah hantaran muat naik di media sosial pada hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, ia memaparkan dua individu terbabit telah bertemu dan dikatakan perselisihan faham tersebut telah pun berakhir.

Bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial itu didapati telah tiada dan dipercayai telah diturunkan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nazron Abd Yusof berkata bahawa lima individu termasuk saksi telah dirakam keterangan mereka.

“Siasatan masih lagi diteruskan dan tiada penarikan laporan polis yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

“Kes masih lagi disiasat di bawah Sekyen 322 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Polis Siasat Video Tular “Rider” Gaduh Dengan “Security”

Terdahulu, polis dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung satu insiden pergaduhan yang membabitkan seorang penghantar barangan dan pengawal keselamatan dalam video yang tular.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nazron Abd Yusof berkata bahawa siasatan lanjut berkaitan kejadian itu masih lagi sedang dijalankan.

“Saksi terlibat dalam kejadian telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Kertas siasatan berkaitan kejadian turut dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

BACA: Piala Malaysia: Ribuan Penyokong Terengganu Gamatkan Stadium Dan Kibarkan Bendera Palestin

Sebelum ini, video pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah bangunan di ibu kota telah tular di media sosial.

Menerusi video perkongsian tersebut, pergaduhan dipercayai tercetus selepas penghantar barangan itu tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan terbabit.

Bagaimanapun, pelanggan penghantar barangan terbabit bertegas agar penghantar itu dibenarkan masuk ke bangunan untuk menghantar barangan tersebut.

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.