Siakap Keli
terengganu bendera palestin
Kredit X/_karlnunis

Piala Malaysia: Ribuan Penyokong Terengganu Gamatkan Stadium Dan Kibarkan Bendera Palestin

Piala Malaysia: Ribuan Penyokong Terengganu Gamatkan Stadium Dan Kibarkan Bendera Palestin

Ribuan penyokong yang hadir memberi sokongan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu telah menggamatkan stadium dengan sorakan gemuruh serta kibaran bendera Palestin.

Suasana meriah itu telah dikongsikan oleh seorang wartawan Astro Arena di laman X yang bernama @_karlnunis.

“Pemain ke-12 Terengganu memang onzzzz habis la,” tulis kapsyen perkongsian video tersebut.

Video perkongsian berdurasi 24 saat itu telah menunjukkan kemeriahan kehadiran penyokong yang membanjiri stadium Sultan Mizan tersebut.

Selain kemeriahan kehadiran ribuan penyokong, stadium juga dipenuhi dengan kibaran bendera Palestin dari pelbagai saiz.

Bendera Palestin dari saiz kecil sehinggalah bersaiz besar telah dikibarkan dengan penuh semangat oleh penyokong yang hadir di stadium pada malam ini bagi menyaksikan perlawanan antara Terengganu FC dengan KL City FC dalam perlawanan timbal balik separuh akhir kedua Piala Malaysia.

Terengganu menerima kunjungan KL City FC bagi merebut slot ke final Piala Malaysia bagi musim ini.

Pasukan bimbingan Tomislav Steinbrucker memiliki kelebihan satu gol selepas meraih kemenangan 2-1 di laman lawan dalam perlawanan separuh akhir pertama pada minggu lalu.

BACA: Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Sumber: X/_karlnunis

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka