Siakap Keli
plkn 3.0 lahir 2007
Gambar: BERNAMA

Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) sebentar tadi telah mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan kekeliruan berkenaan had umur pelatih yang akan dipanggil menjalani PLKN 3.0

Menurut kenyataan media berkenaan, penetapan had umur pelatih PLKN 3.0 akan dibuat oleh kerajaan.

“Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Maknanya, ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

“Sebagai contoh, sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang hanya lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut,” kata kenyataan itu.

Manakala had umur 35 tahun pula merujuk had maksimum untuk menjadi pelatih sekiranya mereka memohon penangguhan.

Jika dilaksanakan tahun depan, PLKN 3.0 untuk mereka yang lahir 2007 sahaja

“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan.

“Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun,” kata kenyataan itu.

Menerusi penjelasan berkenaan, MINDEF berharap dapat menjawab kekeliruan orang ramai berkenaan penetapan umur pelatih PLKN 3.0.

Terdahulu, kerajaan secara dasar bersetuju untuk melaksanakan PLKN 3.0 dengan kaedah baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

Pada 9 Okt lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kerajaan akan meneruskan PLKN 3.0 dengan kaedah latihan berbeza, termasuk memerlukan anak muda menjalani latihan di kem tentera.

Beliau berkata terdapat 13 kem tentera Wataniah yang boleh menampung seramai 20,000 pelatih bagi latihan PLKN selama 45 hari.

BACA: Sony Buat Promosi 11.11 Festival, PS5 Serendah RM1,949 Bermula Hari Ini

Sumber: Kenyataan Media Mindef, BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.