Siakap Keli

Sony Buat Promosi 11.11 Festival, PS5 Serendah RM1,949 Bermula Hari Ini

Sony Buat Promosi 11.11 Festival, PS5 Serendah RM1,949 Bermula Hari Ini

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Sony membuat jualan murah sempena 11.11 Festival yang bermula hari ini (3 November 2023) sehingga 16 November 2023. Promosi ini hanya melibatkan Asia Tenggara sahaja termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand.

Korang boleh menikmati penjimatan sehingga RM550. PlayStation 5 pula boleh didapati denga harga serendah RM1,949 (harga sebelum promosi: RM2,499). Korang juga boleh beli secara pukal bersama game-game terpilih seperti Call Of Duty: Modern Warfare III, Final Fantasy XVI dan Marvel Spider-Man.

harga promosi ini boleh dibeli di semua pengedar Sony yang sah di pautan ini Malaysia Retailer

Selain itu, untuk DualSense wireless controller boleh dibeli dengan harga RM299 (Harga sebenar: RM349-RM369) sahaja merangkumi semua warna. Berikut adalah senarai penuh harga promosi yang ditawarkan dalam Sony 11.11 Festival.

Sumber: PlayStation.blog

BACA: Anak Panjat Bumbung & Tabur Pasir Dalam Enjin Lamborghini, Ayah Terpaksa Bayar Ganti

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)