Pemilik kereta dan motosikal yang mempunyai kompaun trafik daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh menyemak kadar pengurangan yang ditawarkan, dengan bayaran serendah RM5 bagi kompaun tertentu.
Menerusi maklumat yang dikongsikan, kompaun sebelum tahun 2021 boleh diselesaikan dengan bayaran RM5, manakala kompaun selepas tahun 2021 dikenakan bayaran RM10.
Pengurangan tersebut dinyatakan berkuat kuasa serta-merta.
Berikut ialah kadar bayaran kompaun trafik DBKL yang disenaraikan:
RM5 bagi kompaun sebelum tahun 2021
RM10 bagi kompaun selepas tahun 2021
Ini saluran pembayaran yang disediakan
Bagi pemilik kenderaan yang ingin menyelesaikan kompaun, pembayaran boleh dibuat menerusi beberapa saluran berikut:
Kaunter bayaran DBKL
Kaunter Pos Malaysia
Aplikasi PAY@KL
Portal PBTPay di https://pbtpay.kpkt.gov.my
Orang ramai disarankan menyemak status kompaun dan mendapatkan pengesahan kadar pengurangan menerusi saluran rasmi DBKL sebelum membuat pembayaran.

