Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Drama bersiri Inggeris, Smallville yang pernah disiarkan di kaca televisyen pada awal tahun 2000 kini bakal ditayangkan kembali di Tv2 bermula malam ini.
Dalam satu hantaran, Tv2 mengesahkan drama legenda itu bakal menemui orang ramai pada malam ini.
“Saksikan drama bersiri inggeris #Smallville (Ep. 1) lakonan Tom Welling, Kristin Kreuk, Michael Rosenbaum, Eric Johnson, Sam Jones III, Allison Mack, Annette O’Toole, dan John Schneider pukul 8:00 malam ini di TV2,” katanya dalam satu hantaran pada Ahad.
Sebelum ini, drama itu pernah ditayangkan pada tahun 2000-an dan mendapat perhatian masyarakat.
Drama tersebut mengisahkan tentang zaman remaja Clark Kent yang tinggal di kampung halamannya, Smallville.
Ia juga menceritakan tentang bagaimana beliau menyesuaikan diri dengan kuasanya yang semakin berkembang sebelum menjadi Superman.
Dalam pada itu, terselit juga tentang kisah percintaannya dengan Lana Lang dan persahabatannya dengan Lex Luthor.
Dia dikatakan bergelut untuk mencari tempatnya di dunia sambil belajar memanfaatkan kuasa asingnya untuk kebaikan dan menangani masalah tipikal kehidupan remaja di kampungnya.
Sebelum ini, media melaporkan manga ikonik, Great Teacher Onizuka (GTO) dikatakan akan kembali dengan siri drama adaptasi baharu yang pasti menghilangkan rasa rindu peminat.
Menurut Fuji TV, drama berkenaan akan menemui penonton pada 2024 nanti. Kali pertama manga berkenaan diadaptasi menjadi drama adalah pada 1998, iaitu 25 tahun lepas.
Dianggap sebagai salah satu peristiwa penting dalam francais GTO, karya Tohru Fujiwasa, drama terbaharu tersebut akan ditayangkan dengan judul GTO Revival.
Menurut Sportkeeda, beberapa butiran dan perkembangan menarik dalam siri ini pasti akan memikat hati peminat lama mahupun penonton baharu.
Antaranya, Fuji TV telah mengumumkan kemunculan semula pelakon, Takashi Sorimachi dalam siri berkenaan pada 15 September 2023 lalu.
Kemunculan semula pelakon tersebut tanpa ragu-ragu lagi adalah untuk menggalas tanggungjawab membawa watak utama siri berkenaan, Eikichi Onizuka.
Lakonan mantap Sorimachi sebagai seorang yang kasar dan suka cakap lepas telah membawa siri GTO 1998 menggapai kejayaan yang sangat besar sebelum ini.
Sumber: TV2/Facebook
BACA: Rancangan Takeshi Castle Kembali, Peserta Bakal Berdepan Pelbagai Halangan Pelik