Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Grab Malaysia Sumbang RM1 Juta Untuk Gaza
Grab Malaysia dengan kerjasama MERCY Malaysia menyumbang wang tunai sebanyak RM1 juta bagi membantu rakyat Gaza yang berdepan dengan konflik Israel-Palestin pada ketika ini.
Syarikat itu mengumumkan sumbangan sedemikian bersama badan bukan kerajaan (NGO) tersebut dalam satu kenyataan hari ini.
“Bagi mengatasi keperluan mendesak yang dihadapi oleh komuniti rentan yang terjejas di Gaza, berikutan konflik yang berterusan, Grab Malaysia akan menyumbang bantuan kewangan bernilai RM1 juta melalui MERCY Malaysia.
“Pengguna Grab juga boleh menyumbang melalui GrabPay atau menukar GrabRewards mereka untuk menyokong usaha MERCY Malaysia, sekaligus menyumbang untuk membuat perubahan yang nyata dalam kehidupan individu yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di X Isnin.
Syarikat e-hailing itu berkata pihaknya telah menjalin kerjasama yang erat dengan MERCY Malaysia sejak 2021, dalam pelbagai bantuan kemanusiaan di Malaysia bagi tabung bantuan banjir dan pengurusan bencana.
“Grab Malaysia turut menyasarkan untuk memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas dengan membantu menyediakan akses kepada perubatan, makanan, bekalan air dan mengutamakan kesejahteraan mereka,” ujarnya.
Grab turut mengatakan ia menekankan komitmennya kepada prinsip kemanusiaan dan keamanan selain secara keras menentang sebarang keganasan yang melanggar hak asasi manusia.
Bermula 8 November 2023 hingga 8 Mei 2024, Grab Malaysia akan memadankan jumlah yang didermakan kepada Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia melalui GrabRewards, sebagaimana pelaksanaan sumbangan amal melalui GrabRewards sebelum ini.
Sumber: @GrabMY/X
BACA: Pemandu Grab Sempat Bergurau Manja Dengan Isteri Sebelum Pergi Selamanya