Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gambar: @rosienunaa via TikTok

Resepi Lasagna Homemade Simple, Jom Cuba

Nurul Alya

Resepi Lasagna Homemade Simple, Jom Cuba!

Kalau nak diikutkan, kebanyakan rakyat Malaysia gemar makan nasi. Nasi merupakan salah satu makanan yang terkenal di Malaysia dan di negara-negara Asia yang lain.

Makan nasi dengan apa pun boleh berselera, kan? Tak kisahlah semudah mana pun menu kita pada hari itu, kita tetapkan menikmatinya, kan?

Tapi, kadang-kadang anda semua pasti nak makan makanan lain, betul tak? Contohnya, makanan ala-ala makanan Itali seperti lasagna.

Nak tak anda semua belajar cara-cara membuat lasagna homemade? Jom ikuti resepi ni!

Bahan-Bahan Sos Pasta

Setiap kali anda mahu masak sesuatu, anda mestilah perlukan bahan-bahan masakan, kan? Jadi untuk membuat lasagna ini, anda akan memerlukan lasagna sheet, setengah biji bawang Holland dan dua ulas bawang putih.

Anda juga memerlukan 400 gram daging cincang, satu botol sos pasta, 500 mililiter air, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.

Itu bahan-bahan untuk membuat sos pasta lasagna, manakala untuk bahan-bahan white sauce lasagna pula adalah seperti yang berikut.

Dua sudu besar mentega, satu sudu besar tepung gandum, 300 mililiter susu full cream, serbuk perasa dan sekeping cheddar cheese.

Cara-Cara Membuat Sos Pasta Lasagna

Mula-mula, tumiskan bawang Holland dan bawang putih yang telah dihiris. Kemudian masukkan pula daging cincang.

Selepas itu, tuangkan sebotol sos pasta serta 500 mililiter air. Masukkan juga serbuk perasa dan lada hitam secukup rasa. Gaulkan sehingga mendidih kemudian tutupkan api.

Cara-Cara Membuat White Sauce Lasagna

Didihkan dua sudu besar butter sehingga butter cair. Masukkan satu sudu besar tepung gandum dan 300 mililiter susu full cream.

Masukkan serbuk perasa dan lada hitam sedikit untuk menambah rasa. Akhir sekali, masukkan sekeping cheddar cheese dan gaulkan bahan-bahan sehingga menjadi cecair pekat.

Penyediaan Lasagna

Letakkan lasagna sheet ke dalam bekas. Pastikan bekas itu boleh digunakan untuk dibakar di dalam oven.

Tuangkan sos pasta lasagna yang telah dibuat tadi ke atas lasagna sheet. Kemudian tuangkan pula white sauce ke atas sos lasagna itu.

Tambahkan satu lagi lapisan lasagna sheet, sos pasta dan white sauce. Letakkan cheddar cheese yang telah dibelah dua.

Taburkan pula shredded cheese di atasnya dan bakar dalam suhu 180 hingga 190 darjah celcius dalam tempoh 30 ke 40 minit.

Apabila sudah siap dibakar, anda bolehlah hidangkan lasagna itu untuk dimakan! Tak susah pun resepi ini, jadi selamat mencuba!

Sumber: rosienunaa via TikTok

BACA JUGA: Resepi Mudah Rotiboy Homemade, Pakai Roti Gardenia Je