Siakap Keli
Gambar via Health Shots

Yang Mana Satu Lebih Baik? Air Ditapis Atau Dimasak?

Yang Mana Satu Lebih Baik? Air Ditapis Atau Dimasak?

Sesetengah orang, kalau nak minum air, ada yang akan masak atau panaskan air dulu. Tetapi, ada juga yang akan gunakan air yang sudah ditapis.

Antara kedua-dua air itu, mana satu yang lebih baik? Ini kerana, kedua-duanya telah diproses untuk menjadi air yang bersih.

Kita semua sedar tentang keperluan untuk mendapatkan air yang mencukupi untuk kesihatan yang optimum. Namun, air yang suam merupakan air yang boleh membantu sekiranya anda mahu meningkatkan kelebihan kesihatan air.

Kaedah pembersihan air yang paling biasa diamalkan adalah mendidihkannya. Air suam atau panas dikatakan dapat menghapuskan bakteria yang terdapat di dalam air.

Ia menggalakkan penghadaman yang lebih baik, menurunkan berat badan, selain mampu meningkatkan kesihatan sistem saraf.

Ramai orang memulakan hari mereka dengan segelas air masak kerana kelebihan ini. Walaupun dengan semua manfaatnya, sesetengah orang lebih suka air yang ditapis daripada air masak.

Jadi dalam artikel yang dipetik dari Health Shots kali ini, ia memperjelas penjelasan oleh pakar perunding diet dan pemakanan dari Hospital Ibu Chennai, India, iaitu Hari Lakshmi untuk mengetahui sama ada minum air masak lebih baik atau yang ditapis.

Air Dimasak vs Air Ditapis

Air penting untuk semua kehidupan di bumi, tetapi disebabkan beberapa isu seperti pencemaran, peningkatan populasi, kehilangan sumber asli dan lain-lain, kualitinya semakin merosot.

Ini telah menyebabkan ramai orang susah untuk mendapatkan air bersih. Air paip yang dididihkan adalah penyelesaian untuk isu ini.

Tetapi terdapat juga pelbagai penulen air dan penapis yang boleh anda gunakan untuk membersihkan air. Yang menjadi persoalan ialah cara yang mana boleh menjaminkan kebersihan air.

Walaupun diketahui umum bahawa air dididih mengurangkan risiko anda dijangkiti penyakit bawaan air termasuk jaundis, kepialu dan cirit-birit, anda harus sedar tentang faedah meminum air yang ditapiskan. Kalau tidak, mengapa ia boleh menjadi pilihan yang lebih baik?” kata Lakshmi.

Adakah Air Dimasak Lebih Baik Untuk Diminum?

Salah satu cara penulenan air tertua ialah mendidihkan air, yang sering digunakan dalam kebanyakan isi rumah untuk mendapatkan air minuman.

Teknik yang telah dicuba dan diuji ini melibatkan pendidihan air pada suhu yang betul untuk menghapuskan sebarang bakteria yang mungkin terdapat dalam air.

Tetapi, kata Lakshmi, “Proses ini hanya membunuh mikroorganisma yang tidak dapat menahan suhu tinggi dan air perlu direbus selama sekurang-kurangnya 20 minit untuk memastikan ketulenan air.

Jika anda mendidih air anda kurang daripada tempoh masa yang ditetapkan, ia tidak akan sesuai untuk diminum,” katanya.

Selain itu, air dimasak tidak mengeluarkan bahan cemar berbahaya seperti plumbum, arsenik, magnesium dan nitrat yang mungkin ada dari semasa ke semasa.

Patutkah Kita Menggunakan Air Ditapis?

Apabila dibandingkan, seperti yang dijelaskan Lakshmi, air yang ditapis adalah dipercayai lebih baik daripada air yang dimasak kerana ia lebih mudah dan selamat untuk diminum.

Prosedur penapisan melakukan proses air yang lebih daripada mendidih air. Lakshmi berkata, “Penapis air adalah baik dalam membuang kekotoran, bahan kimia berbahaya dan mikroorganisma daripada air paip yang tercemar menjadikannya bebas patogen dan sesuai untuk diminum. Ia juga mengurangkan kebergantungan anda kepada air botol,”

Tambahan pula, air ditapis memberikan anda air yang tiada bau tidak diingini. Berbanding dengan air dimasak, cara ini membolehkan anda menikmati faedah kesihatan dan kemudahan mempunyai air minuman yang bersih.

Kesimpulannya di sini, menurut apa yang telah diterangkan oleh Hari Lakshmi, air ditapis lebih baik daripada air yang dimasak.

Sumber: Health Shots

BACA JUGA: Sering Batuk Dan Tekak Kering? Ini Petua Hilangkan Sakit Tekak

 

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.