Hanya Perlu Lima Bahan, Ini Resipi Nak Buat Aiskrim Perisa “Coconut Shake”
Aiskrim adalah merupakan sejenis makanan pencuci mulut atau ‘dessert’ yang dimakan sejuk-sejuk untuk menyegarkan dan melegakan tekak. Ia terdapat dalam pelbagai jenis perisa dan bentuk.
Di negara kita, aiskrim Malaysia pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu dan masih mendapat tempat di hati penggemar sehingga kini.
Jika dahulu, aiskrim Malaysia boleh dijumpai dalam perisa Milo, Bandung, Asam Boi dan lain-lain lagi.
Namun kini, selepas inovasi demi inovasi dilakukan, pelbagai jensi perisa boleh didapati terjual di pasaran.
Terbaru, aiskrim Malaysia juga telah datang dengan perisa baharu iaitu ‘Coconut Shake’ yang cukup popular sebagai minuman yang dikisar dengan ais.
Oleh itu, untuk mengetahui resipi mudah dalam pembuatan aiskrim ‘Coconut Shake’ tersebut, mari ikuti perkongsian pada kali ini.
Perkongsian itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nana Rena dan kemudiannya dikongsikan secara meluas oleh beberapa akaun Facebook yang lain.
Hanya menggunakan lima bahan utama dan mudah untuk diperolehi
Menurut perkongsian itu, terdapat lima bahan utama dalam membuat resipi aiskrim tersebut.
Lima bahan itu adalah buah kelapa sebanyak lima biji, esen vanila, susu cair dua tin, susu pekat satu tin dan tepung jagung.

Penggunaan tepung jagung dalam proses pembuatan aiskrim ini adalah untuk mendapatkan tekstur aiskrim yang gebu dan halus.
Jika air ‘Coconut Shake’ yang biasa dijual menggunakan aiskrim vanila, tetapi dalam resipi ini ia menggunakan esen atau perasa vanila untuk menaikkan rasa.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Cara penyediaanya adalah dengan kisar kesemua bahan tadi dan tinggal sedikit isi kelapa untuk dimasukkan ke dalam bungkusan plastik aiskrim.

Selepas sudah dikisar, anda boleh masukkan bahan tadi ke dalam plastik aiskrim lalu diikat dengan kemas.
Simpan aiskrim tadi ke dalam peti sejuk dan selepas sudah keras anda boleh menikmatinya bersama keluarga.
Sumber: Resepi Panas via Nana Rena