Siakap Keli
ikat aiskrim penyangkut
Kredit: Cik Orkid/Facebook

Tak Perlu Susah Payah, Ini Cara Mudah Ikat Aiskrim Guna Penyangkut Berbentuk ‘S’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak Perlu Susah Payah, Ini Cara Mudah Ikat Aiskrim Guna Penyangkut Berbentuk ‘S’

Sebagai anak Malaysia, semestinya kita tahu mengenai kewujudan aiskrim Malaysia yang dahulunya menjadi pilihan makanan ringan dalam golongan kanak-kanak.

Pelbagai perisa yang dijual antaranya yang paling disukai ramai adalah milo, asam boi, sirap, choki-choki dan lain-lain perisa. 

Sungguhpun ia dijual dengan harga yang murah namun kelazatan yang diberi adalah bersifat nostalgik di mana pembeli akan teringat kepada kenangan lama selepas memakannya.

Pun begitu, dengan ekonomi yang semakin mencanak naik, harga aiskrim tersebut juga meningkat dari semasa ke semasa.

Kalau dahulunya, aiskrim itu hanya dijual dengan harga sen, seperti 20 sen dan 30 sen. Makin lama, harga itu makin menaik kepada 50 sen dan hari ini ia boleh didapati dengan harga RM1.50 atau ke atas.

Sekiranya aiskrim itu susah untuk didapati di kawasan perumahan, tidak salah untuk kita membuatnya di rumah.

Namun mesti ramai yang memilih untuk tidak membuat aiskrim disebabkan cara untuk ‘mematikan’ ikatannya agak leceh, lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak pandai untuk mengikatnya.

Mudah sahaja, dengan hanya menggunakan satu bahan ini, aiskrim pasti tidak akan tumpah dan kendur.

Mari ikuti langkah yang dikongsikan oleh Cik Orkid di Facebook, yang menggunakan penyangkut besi berbentuk ‘S’.

Cara ikat aiskrim guna penyangkut besi berbentuk ‘S’

Yang pertama, tegakkan penyangkut besi berbentuk ‘S’ dan lipat dua supaya ada lubang di bahagian tengah.

Kredit: Cik Orkid/Facebook

Kemudian, gulung hujung aiskrim yang ingin diikat itu supaya ia memudahkan cara untuk mengikat.

Seterusnya, letakkan besi di bahagian hadapan antara hujung aiskrim dan bawa hujung aiskrim itu di bahagian depan kanan.

Kredit: Cik Orkid/Facebook
Kredit: Cik Orkid/Facebook

Bawa hujung aiskrim itu ke belakang dan masukkan lebihan itu di dalam lubang penyangkut itu.

Kredit: Cik Orkid/Facebook

Langkah seterusnya adalah menarik penyangkut itu ke atas supaya ikatan aiskrim itu ketat.

Kredit: Cik Orkid/Facebook

Kemudian, keluarkan penyangkut ‘S’ itu tadi dan gunting lebihan pengikat aiskrim itu.

Kredit: Cik Orkid/Facebook

Dan siap untuk diletakkan dalam peti sejuk.

Lebihan itu dibuat kerana memudahkan orang yang memakan aiskrim tersebut.

Selepas ini, tidak perlu gunting untuk memakan aiskrim itu tetapi hanya perlu tarik saja lebihan ikatan tersebut.

Selamat mencuba.

Sumber: Cik Orkid/Facebook

BACA: Abang Ni Ajar Buat “Nice Cream”, Sesuai Untuk Yang Tengah Diet Tapi “Craving” Nak Makan Aiskrim

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana