Siakap Keli

Abang Ni Ajar Buat “Nice Cream”, Sesuai Untuk Yang Tengah Diet Tapi “Craving” Nak Makan Ais Krim

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketika dalam tempoh berdiet, tidak dinafikan lidah kita mesti akan mengidam atau ‘craving’ sesuatu makanan yang biasa kita makan dulu.

Ayam goreng, coklat, teh ais, nasi goreng tomyam, aiskrim dan banyak lagi.

Menyentuh tentang aiskrim, sebenarnya ada ‘rahsia’ macam mana kita yang tengah berdiet ini untuk menikmati ais krim tanpa ‘ragu-ragu’ atau sayang dengan diet.

Resipi aiskrim sihat ini dikongsi oleh Mohd Zafri Osman di group Facebook Diet Suku-Suku Separuh baru-baru ini.

Gambar: Mohd Zafri Osman

Teringin nak makan aiskrim tapi tengah jaga makan? Boleh cuba nice cream.

Ini nama timangan juadah ini.

Sangat simple. Bahannya cuma:

  • 2 pisang saiz sederhana (saya guna Cavendish), frozen
  • Frozen blueberries

Blend sekali. Siap!

Kalau nak ala soft serve macam aiskrim McD tu, boleh makan terus, atau nak keras, bolehlah simpan dalam freezer semula.

Pisang bila diblend akan ada tekstur seperti aiskrim.

Kalau memang suka pisang memang sesuai sangatlah.

Nutrisi tinggi, kalori pun rendah.

Sumber: Mohd Zafri Osman

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.