Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Resipi Ais Krim Yogurt ‘Homemade’ Ini Raih 13k Perkongsian, Boleh Cuba Buat ‘Sebesen’ Untuk Makan Sekeluarga

Amira
Kredit: Irna Harlina
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Siapa je tak suka ais krim. Daripada budak kecil hinggalah dewasa, ramai yang sukakan manisan ini. Apatah lagi bila dimakan masa badan tengah panas berpeluh. Lega rasanya.

Biasanya kalau beli di kedai, bekasnya kecil. Tak cukup satu. Lagi puas bila dapat buat sendiri banyak-banyak untuk dimakan bersama keluarga. Anak-anak pun gerenti suka.

Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri ais krim yogurt di rumah menggunakan resipi dikongsikan Puan Irna Harlina ini.

Kongsinya, ini adalah resipi ais krim yang digunakannya semasa berniaga ais krim suatu ketika dahulu.

“Ni antara best selling aku dulu. Cuma biasa aku bubuh lagi mekap lawa-lawa ais krim ni dengan buah-buahan segar atas dia..”

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

500g fresh cream 500g whipping cream 500g yogurt perisa asli 350g susu pekat manis 4sb ovalette 2sb jus lemon/limau (pandai-pandai agak dan rasa sendiri, bergantung kepada jus limau yang kita pakai. Yang penting ada rasa masam sikit dan manis lemak)

Cara-cara

1. Pukul fresh cream dan ovalette sampai kental dan gebu.

2. Masukkan yogurt, campur bagi sebati.

3. Masukkan susu, adun lagi.

4. Pukul whipping cream asing sampai kental.

5. Campurkan whipping cream yang dah kental dengan adunan fresh cream dan yogurt tadi.

6. Masukkan jus lemon/limau dan mix lagi.

Tambah Puan Irna, anda boleh memilih filling mengikut selera masing-masing.

Filling tu ikut suka. Beli kat kedai kek. Tapi biasa Ina campur lagi dengan jus limau bagi kurangkan manis dan lebih masak sikit. Kalau nak yang coklat, buat coklat ganache macam biasa. Cuma lebih cair sikit.

Selesai letak filling, bolehlah masukkan ke dalam peti ais.

Jom tengok hasilnya.

Kredit: Irna Harlina
Kredit: Irna Harlina
Kredit: Irna Harlina
Kredit: Irna Harlina
Kredit: Irna Harlina
Gambar: Irna Harlina

Sumber: Irna Harlina via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni