Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gelaran “Darul” Pada Nama Negeri Ada Maksud Tersendiri, Perkongsian Netizen Curi Perhatian

darul
Gambar hiasan. Kredit: Facebook Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Penggunaan gelaran seperti Darul Makmur, Darul Aman dan Darul Ehsan pada nama beberapa negeri di Malaysia mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial selepas seorang individu mengajukan soalan mengenai maksud perkataan berkenaan.

Iklan

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai Rosnefaizal bertanya tentang maksud gelaran “Darul” yang sering dikaitkan dengan nama negeri seperti Pahang dan Kedah.

“Apa maksud Darul? Macam Pahang Darul Makmur, Kedah Darul Aman,” tulisnya.

Kredit: Threads @rosnefaizal

Hantaran itu kemudian menerima pelbagai reaksi apabila pengguna lain tampil berkongsi pandangan, pengetahuan serta jawapan bersahaja mengenai gelaran berkenaan.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah perkongsian daripada pengguna _sulamanis yang mengaitkan gelaran negeri dengan kehidupan rumah tangganya.

“Suami orang Pahang, saya orang Kedah. Jadi, kami sentiasa aman dan makmur,” katanya secara berseloroh.

Seorang lagi pengguna, pa8_, pula berkongsi tanggapan lucu apabila menyamakan perkataan “Darul” dengan panggilan nama seperti bin dan binti.

“Saya selalu ingat Darul itu macam ‘bin’ atau ‘binti’. Selangor bin Ehsan,” tulisnya.

Tidak kurang menarik, pengguna bernama zuflinkhizrykhali turut berkongsi maklumat berkaitan beberapa wilayah yang menurutnya pernah menggunakan gelaran Darul atau Darussalam.

Antara yang disenaraikan ialah Sarawak Darul Hana, Pattani Darussalam, Singgora Darussalam, Palembang Darussalam, Langkat Darul Aman, Deli Darul Maimun dan Kunto Darussalam.

Sementara itu, pengguna _musangpandan pula berkongsi penjelasan dari sudut bahasa dengan menyatakan bahawa perkataan “dar” membawa maksud negeri, manakala perkataan selepasnya berfungsi sebagai penerang.

Pengguna rusli_alias turut menyebut beberapa tempat yang menggunakan nama Darussalam, antaranya Brunei Darussalam, Aceh Darussalam dan Dar es Salaam, sebuah bandar utama di Tanzania.

Perbincangan ringkas itu bukan sahaja mengundang komen lucu, malah membuka ruang kepada orang ramai berkongsi pengetahuan dan mengenali penggunaan gelaran yang sering ditemui pada nama negeri serta tempat.

Sumber:Threads
Intipati
  • Soalan mengenai maksud “Darul” pada nama negeri mencetuskan perbincangan di Threads.
  • Pengguna media sosial berkongsi komen lucu serta pengetahuan tentang gelaran negeri berkenaan.
  • Beberapa tempat lain turut disebut menggunakan gelaran Darul atau Darussalam dalam nama mereka.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan