Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Nak Jawab Exam Atau Main Tembak Tembak?”, Ikatan Alat Tulis Calon SPM Ini Curi Perhatian

exam
Kredit: Threads cieloo.l
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Penampilan seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masuk ke dewan peperiksaan dengan ikatan yang dianggap luar biasa mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna dikenali sebagai cieloo.l mempersoalkan sama ada penampilannya itu kelihatan lucu sehingga mengundang gelak tawa orang lain ketika memasuki dewan peperiksaan.

“Kenapa orang gelakkan saya ketika masuk dewan tadi? Kelakar sangatkah saya ikat begini?” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata rata pengguna turut membalas perkongsian itu dengan pelbagai usikan bersahaja.

Seorang pengguna, fathir4h_ berkongsi pengalaman lucu apabila tersalah membawa kad bank ke dalam bilik peperiksaan kerana terlalu gementar ketika menduduki kertas Matematik.

“Ketika masuk bilik peperiksaan tadi, saya terbawa kad bank. Saya ingat sudah membawa kad pengenalan. Apabila pengawas peperiksaan mahu memeriksa kad pengenalan, saya keluarkan kad bank dari poket. Semua cikgu gelak. Maklumlah, terlalu gementar untuk kertas Matematik,” selorohnya.

Sementara itu, harlieee.ae turut mengusik dengan bertanya sama ada individu berkenaan mahu menjawab peperiksaan atau bermain tembak tembak.

Tidak kurang juga, who_marsz menyamakan gaya ikatan tersebut dengan watak adiwira Kamen Rider.

“Awak nak ambil SPM atau nak jadi Kamen Rider? Tetapi memang hebat cara awak ikat begitu,” tulisnya.

Dalam pada itu, elnlice.ave pula menyifatkan penampilan berkenaan seakan akan helikopter yang kehilangan sebelah bilah kipas.

Seorang lagi pengguna, theonlyna.adh turut berseloroh bahawa selepas tamat kertas peperiksaan, individu berkenaan boleh menyambung permainan tembak tembak.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang calon SPM menarik perhatian selepas memasuki dewan peperiksaan dengan ikatan alat tulis luar biasa.
  • Perkongsian di Threads itu menerima pelbagai usikan bersahaja daripada pengguna media sosial.
  • Ada pengguna menyamakan penampilan tersebut dengan permainan tembak-tembak, Kamen Rider dan helikopter rosak.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan