Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Exco Negeri Sembilan Dijadual Angkat Sumpah Esok

exco
Istana Besar Seri Menanti

SEREMBAN, 26 Nov (Bernama) -- Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Exco) yang baharu dijadual berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, esok.

Berdasarkan undangan media yang dikeluarkan pihak istana, istiadat itu akan diadakan pada 9 pagi.

Hari ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi membincangkan kemelut semasa di negeri itu di Istana Hinggap, di sini.

Pertemuan kira-kira sejam itu turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said.

Turut menghadap ialah Menteri Besar Datuk Ismail Lasim.

-- BERNAMA

Intipati
  • Istiadat angkat sumpah Exco Negeri Sembilan baharu dijadual berlangsung esok pagi.
  • Majlis itu dijadual diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
  • Ahmad Zahid menghadap Tuanku Muhriz bagi membincangkan kemelut semasa negeri itu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan