Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tentera Udara Jordan Gugurkan Bantuan Perubatan Guna Payung Terjun Ke Gaza

Syed Faisal Sayed Muhammad
Tentera Jordan hantar bantuan
Kredit AFP, X/@KingAbdullahII

Tentera Udara Jordan Gugurkan Bantuan Perubatan Guna Payung Terjun Ke Gaza

Tentera Udara Jordan dilaporkan telah menghantar bantuan perubatan dan farmaseutikal segera ke hospital lapangan Jordan di Semenanjung Gaza dengan cara menggugurkan dari pesawat menggunakan payung terjun, lapor Anadolu Agency.

Perkara itu telah diumumkan oleh Raja Abdullah II pada awal Isnin lalu selepas beberapa hospital di Gaza dikatakan telah lumpuh sepenuhnya.

“Kakitangan Tentera Udara kami yang berani telah menggugurkan bantuan perubatan segera pada tengah malam ke hospital lapangan Jordan di Gaza,” kata Abdullah di laman X.

Menurut muat naik itu lagi, penghantaran bantuan segera itu adalah satu kewajipan dalam membantu penduduk Gaza.

“Ini adalah kewajipan kita untuk membantu saudara-saudara kita yang cedera dalam peperangan di Gaza. Kami akan sentiasa ada untuk saudara Palestin kami,” tulisnya lagi.

BACA: Jepun Beri Bantuan Kemanusiaan Tambahan RM307 Juta Kepada Palestin

Sumber: Anadolu Agency, X/@KingAbdullahII