Siakap Keli
wartawan diserang medan perang
Kredit: AFP

Kenapa Wartawan Tak Boleh Diserang Di Medan Perang?

Kenapa Wartawan Tak Boleh Diserang Di Medan Perang?

Setiap hari media sosial, kaca televisyen dan corong radio kita disajikan dengan berita-berita liputan dari seluruh dunia, lebih-lebih lagi isu konflik Palestin-Israel yang sedang tegang hari ini.

Seperti yang kita tahu, watak utama di sebalik laporan berita tersebut sudah tentulah petugas media khususnya wartawan yang ditugaskan membuat liputan di lapangan zon konflik.

Namun pernahkah kita terfikir, kenapa wartawan dan pengamal media yang bertugas di medan perang boleh membuat liputan macam biasa – tidak seperti individu awam lain yang menjadi sasaran?

Adakah wartawan dan pengamal media zon konflik dilindungi oleh satu undang-undang atau sistem khas yang membuatkan mereka ‘kebal’ tanpa boleh diserang oleh mana-mana pihak?

Wartawan dilindungi di medan perang

Umum mengetahui, liputan media tentang konflik bersenjata mahupun peperangan yang berlaku menjadi sangat berbahaya buat mereka yang berkecimpung dalam bidang tersebut.

Namun, sebagai wartawan mereka tetap perlu bertugas kerana hanya golongan tersebut yang mempunyai akses untuk menyampaikan maklumat kepada orang awam tentang apa yang berlaku di zon konflik itu.

Gambar hiasan | Kredit: AFP

Boleh dikatakan mereka merupakan orang pertama yang menerima maklumat kejadian sebelum ditapis dan disiarkan menerusi televisyen, radio mahupun internet bagi tontonan umum.

Untuk pengetahuan, ramai wartawan dan pengamal media kehilangan kerja mereka dalam serangan konflik, ditambah dengan bahaya serangan bom yang tidak dapat diramalkan selain penggunaan senjata yang lebih canggih.

Situasi tersebut amat membimbangkan, justeru ia mendorong Reporters Without Borders mengeluarkan deklarasi mengenai keselamatan wartawan dan kakitangan media dalam situasi yang melibatkan konflik bersenjata.

Pada 20 Januari 2003, deklarasi itu ditandatangani dengan tujuan untuk mengingatkan pihak yang berperang tentang prinsip dan peraturan kemanusiaan antarabangsa yang melindungi wartawan dan kakitangan media semasa tempoh konflik.

Dalam kajian yang diterbikan oleh Parlimen Eropah mengenai keselamatan wartawan dan kebebasan media secara global, ia mendapati majoriti kematian wartawan adalah disebabkan oleh dendam.

Manakala, segelintir wartawan juga ada yang terbunuh dalam medan perang atau dalam konteks ketenteraan.

“Antara mereka yang terbunuh adalah sebanyak 28.8 peratus bekerja dalam kewartawanan politik, 23.8 peratus adalah wartawan perang, 15.8 peratus adalah wartawan hak asasi manusia, manakala 10.7 peratus sedang menyiasat jenayah dan 9.6 peratus kes rasuah,” menurut kajian tersebut.

Pun begitu, Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) yang mengawal kelakuan pihak yang bermusuhan dalam konflik bersenjata antarabangsa dan konflik bersenjata bukan antarabangsa atau perang saudara.

Wartawan dan kakitangan media telah diberikan pelindungan oleh IHL semasa perang berlaku, di mana terdapat beberapa hak keistimewaan yang mereka dapat.

Terbahagi kepada dua kategori

Gambar hiasan | Kredit: Cision

Tanpa memberikan definisi yang tepat mengenai wartawan dan warga media, IHL membezakan mereka menggunakan dua kategori, wartawan perang yang diiktiraf kepada angkatan tentera dan wartawan bebas.

Menurut dictionnaire de droit antarabangsa awam, maksud kategori tersebut ialah wartawan khusus dengan kebenaran dan di bawah perlindungan angkatan bersenjata yang berperang, hadir di lapangan bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai acara yang berkaitan dengan konflik.

Perlindungan wartawan perang

Wartawan perang termasuk dalam kategori yang ‘tidak jelas’ iaitu orang yang mengiringi angkatan bersenjata tanpa benar-benar menjadi anggotanya (tidak memihak kepada mana-mana side).

Memandangkan mereka bukan sebahagian daripada angkatan tentera, mereka menikmati status awam dan perlindungan yang diperoleh daripada status itu.

Lebih-lebih lagi, mereka terkait dengan konflik, wartawan berhak mendapat status tawanan perang apabila mereka jatuh ke tangan musuh dan dengan syarat mereka telah diberi kuasa untuk mengiringi angkatan bersenjata.

BACA: Wartawan & Jurukamera Dirompak Ketika Buat Liputan Kes Rompakan

Kehilangan hak perlindungan

Di bawah Artikel 79.2 dan 51.3 Protokol I, wartawan boleh menikmati perlindungan yang diberikan oleh IHL dengan syarat mereka tidak mengambil bahagian secara langsung dalam konflik.

Selain daripada wartawan, radio dan televisyen yang dikategorikan sebagai objek awam yang juga diberikan perlindungan.

Larangan menyerang objek awam itu telah ditetapkan dengan tegas dalam IHL sejak awal abad ke-20 dan telah disahkan semula pada 1977 Protokol I dan dalam Statut Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Sumber: Forbes, ICRC

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'