Siakap Keli
Penerbangan Terus Dari Luar Ke Langkawi Belum Banyak - Sanusi
Kredit: Bernama

Penerbangan Terus Dari Luar Ke Langkawi Belum Banyak – Sanusi

Penerbangan Terus Dari Luar Ke Langkawi Belum Banyak – Sanusi

ALOR SETAR, 8 Nov (Bernama) — Penerbangan terus dari luar ke Langkawi yang masih belum banyak menjadi antara faktor kehadiran pelancong semakin merosot ke pulau peranginan itu.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkata sebelum pandemik COVID-19, sebanyak 60 peratus pelancong ke Langkawi adalah dari luar negara, manakala pelancong tempatan menyumbang selebihnya.

“Penerbangan terus dari luar belum bermula dan masih tidak banyak (hanya Singapura sahaja)…dulu Qatar Airways ada tujuh kali seminggu tetapi sekarang penerbangan terus itu belum berjalan (dimulakan balik).

“Qatar Airways ada bawa pelancong dari 121 destinasi masuk ke Langkawi sehari sekali, sekarang belum dimulakan. Harap perkara ini dapat diambil perhatian oleh kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media semalam mengenai industri perhotelan, kereta sewa dan kedai makan di Langkawi yang dibimbangi semakin tenat susulan kehadiran pelancong semakin merosot kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata pihaknya difahamkan penerbangan terus dari Dubai (Fly Dubai Airlines) hanya akan bermula pada 10 Feb tahun depan.

Menurutnya setakat Oktober lepas, rekod kemasukan pelancong ke Langkawi mencapai 2.2 juta, berbanding sasaran 3.2 juta bagi tahun ini.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Ini Fungsi Lain ‘Soak/Tube’ Pada Mesin Basuh Ramai Tak Tahu

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.