Siakap Keli
butang soak/tube mesin basuh
Kredit: Facebook

Bukan Saja-saja Letak, Ini Fungsi Lain ‘Soak/Tube’ Pada Mesin Basuh Ramai Tak Tahu

Bukan Saja-saja Letak, Ini Fungsi Lain ‘Soak/Tube’ Pada Mesin Basuh Ramai Tak Tahu

Mesin basuh tidak dinafikan sudah menjadi antara ‘barang’ rumah yang wajib dibeli. Tidak kira ketika anda hidup bujang ataupun sudah berumah tangga, mesin basuh sudah menjadi satu keperluan.

Tanpa mesin basuh, pakaian yang kotor terpaksa disental secara manual dengan tangan sendiri. Jika tidak rajin, terpaksalah mengeluarkan sedikit modal ke kedai dobi layan diri.

Pada hari ini, untuk mendapatkan basuhan yang bersih dan baju terus kering, anda perlu membelanjakan minimum RM 10 bagi setiap basuhan. Amaun yang tidak mahal, namun tidaklah juga murah.

Tetapi bagi pengguna mesin basuh dirumah, ada di antara kalian hanya tahu membasuh pakaian tetapi tidak pernah ambil tahu bahawa mesin basuh juga perlu dibersihkan secara berkala.

Berhenti sejenak dan cuba bayangkan selepas bertahun-tahun membasuh baju kotor, pasti ada sisa keladak dan kotoran yang terkumpul dalam mesin, kan?

Prinsipnya mudah, mesin basuh yang bersih sudah pasti dapat berfungsi dengan optimum.

Namun begitu, bagaimana cara hendak membersihkan mesin basuh? Apakah kita perlu menyental bahagian dalam mesin atau cukup sekadar membersihkan habuk di bahagian luar?

Adakah itu yang dimaksudkan dengan mencuci mesin basuh?

Jadi, apa yang harus kita lakukan untuk memastikan keadaan mesin basuh sentiasa dalam keadaan yang baik dan baju betul-betul bersih?

Semoga perkongsian Mommy Daily ini dapat memberi kemudahan kepada orang ramai, khususnya golongan suri rumah. Jom baca perkonsian tersebut dibawah.

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

Maka, mudah sahaja cara untuk membasuh mesin basuh anda.

Pertama sekali, tekan butang ON yang tertera pada bahagian mesin basuh automatik anda untuk menghidupkannya.

Seterusnya, pilih dan tekan program SOAK/TUBE dan tekan butang START bagi memulakan proses cucian.

Apabila bahagian dalam mesin mula diisi air sehingga menghampiri paras penuh tiub, masukkan cuka dan soda bikarbonat di dalam mesin basuh.

butang soak/tube cleaning mesin basuh
Kredit: Facebook

Selepas itu, tutup mesin basuh dan biarkannya beroperasi buat seketika. Apabila mesin sudah siap dibasuh, bunyi akan kedengaran seperti keadaan mesin selepas menyiapkan satu cucian.

Namun begitu, dalam proses ini, orang ramai jangan sesekali meletakkan pakaian di dalam mesin, seakan-akan membuat cucian pakaian seperti biasa,

Pengguna disarankan untuk melaksanakan fungsi Soak/Tube Cleaning dua bulan sekali supaya mesin basuh dapat berfungsi seoptimum mungkin.

Jika dibiarkan lama-lama, tak mustahil mesin basuh akan rosak disebabkan terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul di dalamnya.

Dengan fungsi ini, sekurang-kurangnya, kita dapat meningkatkan jangka hayat mesin basuh dan tidak perlu menukarnya dengan kerap.

BACA: Suami Isteri Gigih Hantar Sendiri Makanan Dijual, Jalin Keakraban Dengan Pelanggan

Sumber: Siakap Keli via Mommy Daily

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma