Siakap Keli
hantar sendiri makanan

Suami Isteri Gigih Hantar Sendiri Makanan Dijual, Jalin Keakraban Dengan Pelanggan

Suami Isteri Gigih Hantar Sendiri Makanan Dijual, Jalin Keakraban Dengan Pelanggan

Pada masa sekarang, penghantaran makanan dari rumah ke rumah merupakan satu perkara yang sangat lazim dalam kalangan pengusaha makanan.

Perkara ini dirancakkan lagi dengan platform-platform penghantaran makanan secara atas talian yang sedikit sebanyak menjana peluang pendapatan kepada anak-anak tempatan.

Namun, perkara ini bukan bukanlah satu kebiasaan jika dilihat pada satu dekad lepas. Kita hanya melihat bahawa perkhidmatan ini hanya ditawarkan oleh restoran makanan segera.

Seperti yang kita tahu, kebanyakan perniagaan makanan segera sudahpun memiliki nilai modal kapital yang besar dan memiliki jumlah pekerja yang ramai.

Maka, perkhidmatan untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan bukanlah satu masalah yang besar bagi syarikat-syarikat francais ini.

Menariknya, seorang lelaki telah tampil dengan kelainan dan memulakan perniagaan konsep delivery seawal tahun 2012.

Dengan berbekalkan motosikal dan pengetahuan dalam bidang kulinari, Ezmee Azuan Abd Rahman (35) telah mencipta satu jenama yang telah berjaya terpahat dalam hati masyarakat sekitar Bangi, Kajang sehingga Cyberjaya iaitu, Comot Comot.

mileage 200 km

Kini, perniagaan makanan western itu telah dirancakkan lagi dengan beberapa produk seperti Gulai Ayam Salai Masak Lemak dan Sambal Mangga.

mileage 200km

Mesra dengan panggilan ‘Tok Wan’, lelaki berasal dari Melaka ini merupakan seorang yang sangat mengutamakan pelanggannya.

Jelas isterinya, Shahidah Md Shah (35), suaminya akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.

“Kalau pelanggan tersebut tinggal di tingkat lima, Tok Wan akan naik sendiri untuk menyampaikan makanan tersebut kepada pelanggannya,” kata isterinya yang mesra dengan nama panggilan Mawar.

Oleh sebab itu, perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka telah memberikan satu persepsi yang baik dalam kalangan pelanggan.

hantar sendiri makanan

Difahamkan, Tok Wan dan Mawar telah dianggap sebagai ahli keluarga oleh segelintir pelanggannya. Ada yang sering memberikan kudapan sewaktu mereka menghantar makanan, ada juga yang turut menghantar jemputan kepada mereka untuk menghadiri majlis keraian.

Perkara ini jelas bahawa Tok Wan dan isterinya bukan sahaja memikat pelanggannya melalui juadah yang ditawarkan.

Keikhlasan mereka untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan telah membina hubungan yang cukup akrab antara peniaga dan pelanggan.

Isteri merupakan tulang belakang yang sering memberikan motivasi tanpa henti

Asalnya, perniagaan ini hanya dipelopori oleh Tok Wan yang dimulakan sekitar 2012. Namun, kehadiran isterinya yang sangat supportive telah merancakkan lagi perniagaan mereka.

hantar sendiri makanan

Mawar telah berkerja dalam bidang pengurusan sumber manusia dari 2013 sehingga sebelum pandemik. Wanita ini telah menyertai perniagaan suami dan turut menghantar makanan kepada pelanggan.

Berbeza dengan suaminya yang menggunakan motosikal, Mawar akan memghantar pesanan pelanggan dengan menggunakan kereta.

Dengan kata mudah, Tok Wan akan menghantar pesanan di kawasan yang berdekatan, pada masa yang sama sering mengalami kesesakan. Manakala, Mawar akan menghantar pesanan pada lokasi yang agak jauh tetapi tidak begitu sesak.

Demi memastikan kebajikan pelanggan terjaga, kedua-duanya akan memastikan pesanan setiap pelanggan akan sampai sebelum pukul 1.00 petang.

Hal ini kerana, Tok Wan mengatakan kebanyakan yang membuat pesanan terhadap juadahnya merupakan pekerja yang ingin menikmati hidangan mereka ada waktu rehat.

Oleh sebab itu, Tok Wan dan Mawar perlu mematuhi jadual kerja yang ditetapkan agar tiada seorang pelanggannya yang terlepas waktu makan tengah hari.

hantar sendiri makanan

Salah satu kisah mengenai pasangan ini, mereka berdua telah melakukan aktiviti jelajah Semenanjung Malaysia dengan menunggang motosikal sahaja.

Tok Wan mendapati jumlah ‘mileage’ motosikal yang dinaikinya untuk tujuan delivery mampu mencecah 200km dalam sehari.

“Kalau dah 200km, rasa dah boleh tour satu Malaysia kot,” detik hatinya ketika menyedari perkara tersebut.

Bagi menelusuri kisah jelajah unik pasangan ini, serta segala perit getir yang dialami sewaktu perniagaan, anda boleh menontonnya menerusi video di bawah:

Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba hidangan yang ditawarkan Tok Wan dan isterinya, anda boleh menghubunginya menerusi laman Facebook dan TikTok. Anda juga boleh menghubungi beliau menerusi talian 019-3885002.

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma