“Kasih Sayang Ibu,” Kucing Dirakam Seakan Minta Tolong Selamatkan Anak Jatuh Dalam Longkang
Sifat kasih sayang antara ibu dan anak bukan sahaja boleh dilihat pada manusia, malah ia juga dapat dilihat pada haiwan.
Walaupun tidak mempunyai akal, haiwan juga memiliki naluri berkasih sayang sesama mereka.
Seperti yang terjadi kepada seekor ibu kucing ini yang meminta tolong kepada seorang lelaki untuk membantu anaknya yang terperangkap di dalam longkang.
Video perkongsian berkenaan kejadian itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @iqram_selekkk.
Berdasarkan perkongsian itu, ibu kucing berkenaan dilihat berada di bahagian tepi longkang tinggi tersebut sambil berbunyi memanggil lelaki itu.

Ibu kucing berwarna oren itu berbunyi kuat seakan meminta tolong kepada lelaki tersebut untuk membantunya mendapatkan semula anaknya yang berada dalam longkang tersebut.
Ketika kamera dihalakan ke dalam longkang tersebut, seekor anak kucing berwarna hitam dapat dilihat sedang duduk kaku sambil mendongak ke arah ibunya.

“Kasih sayang ibu. Dia minta tolong angkatkan anak dia,” tulis pada video perkongsian tersebut.
Lelaki yang kasihan melihat kejadian itu akhirnya membantu mengangkat anak kucing tersebut dan mereka akhirnya bersatu kembali.

Hujan sudah mahu turun, ibu kucing segera dapatkan bantuan
Ketika kejadian, hujan dikatakan sudah mulai turun dan menyebabkan ibu kucing itu segera meminta bantuan daripada lelaki tersebut.
“Kucing pun pandai sayang anak, inikan kita. Time tu nak hujan so anak dia jatuh, jadi dia minta tolong,” tulis kapsyen video muat naik tersebut.
Perkongsian video menyentuh hati itu telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut. Mereka juga dilihat sempat meninggalkan komen berkenaan kejadian itu.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Dia akan menjadi saksi dekat akhirat atas kebaikan abang dekat dunia. Alhamdulillah,” tulis seorang netizen.
“Terima kasih orang baik. Semoga dipermudahkan urusan kamu,” tulis seorang netizen mendoakan lelaki yang membantu kucing tersebut.
“Comel mak dia jerit minta tolong. Nasib kau tolong bang. Moga murah rezeki kau,” tulis seorang lagi netizen yang tersentuh melihat kejadian itu.
@iqram_selekkk Kucing pon pandai sayang anak inikan kita ☹️ time tu nak hujan so anak dia jatuh jadi dia mintak tolong 😭✨#melakahawau #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #mstaronlineofficial #jurnalmalaysia #kucing #viralvideo
Sumber: TikTok/@iqram_selekkk