Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Cuba Uji Tangkal Kebal Maut Ditembak
Seorang lelaki berusia 43 tahun di Nigeria maut ditembak ketika cuba menguji tangkal kebal seorang bomoh, lapor Nigeria Tribune.
Mangsa yang merupakan penduduk kampung Damaiwa di negeri Bauchi dikatakan pergi ke semak Damaiwa untuk menguji tangkal itu bersama empat individu lain.
Insiden malang itu telah dilaporkan oleh laman berita jenayah Polis Negeri Bauchi yang melaporkan bahawa kejadian dikatakan berlaku pada 31 Oktober lalu.
Menurut laporan itu, Superintenden Ahmed Wakili memberitahu bahawa suspek dan tiga lagi rakan subahat kini sedang dicari.
Suspek dikatakan pergi ke semak di Damaiwa dengan tujuan hanya untuk menguji tangkal kebal itu semata-mata.
Menurutnya, semasa proses itu, mangsa yang malang itu telah ditembak dengan menggunakan pistol buatan indivdu tempatan.
“Apabila menerima laporan, sepasukan pegawai diketuai DPO, Bahagian Zaki bertindak pantas bergegas ke tempat kejadian.
“Mereka memindahkan mangsa ke Hospital Besar, Jakusko di Negeri Yobe untuk rawatan perubatan. Di mana dia kemudiannya disahkan meninggal dunia,” kata Ahmed Wakili.
Ekoran kejadian itu, dua orang suspek berjaya ditahan dengan serta-merta dan polis masih lagi mengesan beberapa lagi rakan subahat jenayah itu.
“Berikutan itu, dua suspek telah ditahan serta-merta. Usaha telah dipergiat untuk mengesan serta menangkap rakan subahat yang berjaya melarikan diri. Selepas tangkapan berjaya dibuat, defendan akan didakwa di mahkamah,” tambahnya lagi.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Dalam pada itu, pegawai itu turut menyeru orang ramai supaya mengambil iktibar dan tidak dipergunakan dalam kejadian seperti itu.
“Ambil iktibar dan elak dijadikan bahan ujian yang berbahaya kepada rakyat yang tidak bersalah, kerana setiap nyawa itu sangat penting dan suci,” tegas Ahmed lagi.
Pesuruhjaya Polis, Auwal Musa Muhammad memberi jaminan kepada keluarga mangsa bahawa kejadian itu akan mendapatkan keadilan yang sepatutnya.
Sumber: Nigerian Tribune