Siakap Keli

Majlis Dah Nak Dekat, 7 Idea Tak ‘Cliche’ Barang Hantaran Lelaki Tahun 2023

Hujung tahun dan musim cuti tiba lagi. Jadi, ramai yang ambil kesempatan memanfaatkan waktu ini untuk menamatkan zaman bujang pada Disember.

Bercakap tentang mendirikan rumah tangga, banyak persediaan perlu dibuat dan perlu bermula dari sekarang.

Selalunya ketika membuat persediaan, barang hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki lebih sukar untuk dicari.

Usah khuatir, sebenarnya setiap tahun ada sahaja barang-barang hantaran yang menjadi trending. Begitu juga dengan hujung tahun 2023 ini.

Tak perlu pening kepala sangat nak fikir beli apa, kami kongsikan dengan korang semua barang apa yang sesuai untuk dijadikan hantaran kepada lelaki.

Barang jadi trend hantaran hujung tahun untuk pasangan lelaki

Sebenarnya, ada banyak sangat hadiah atau barang yang sesuai dijadikan hantaran untuk bakal suami korang.

Tetapi yang selalu menjadi idaman lelaki adalah sneaker berjenama, minyak wangi, set dumbbell, mesin kopi dan gajet terkini.

Dapat barang-barang ni, confirm hati bakal suami korang berbunga-bunga setiap hari. Makin tak sabar-sabar nak ke jinjang pelamin.

Gajet daripada satu jenama ni je sesuai dijadikan hantaran

Tapi kan, bila sebut pasal gajet terkini, hanya peranti-peranti daripada satu jenama ini je yang paling sesuai untuk dijadikan hantaran tau.

Jenama tersebut tak lain tak bukan adalah Huawei. Wowwww.

Jadi, gajet apa daripada Huawei yang sesuai dijadikan hantaran? Jom kami senaraikan satu persatu.

Huawei Watch GT4

Bertambah handsome bila pakai smartwatch ni. Bateri tahan lama sampai 14 hari, sesuai untuk dihubungkan dengan semua peranti iOS dan Android.

Selain nampak bergaya, boleh juga bantu bakal suami korang pantau keadaan kesihatan setiap hari.

Huawei Watch GT4 boleh dibeli di Huawei Official Store, Huawei Official Store on Shopee dan Huawei Flagship Store on Lazada.

Huawei Band 8

Fitness Tracker dari Huawei ini juga antara gajet terkini yang boleh dijadikan hantaran untuk pasangan lelaki. Hadir dengan rekaan moden, lain dari jenama lain dan bateri juga tahan 14 hari.

Huawei Band 8 didapati dalam empat warna iaitu Emerald Green, Sakura Pink, Midnight Black dan Vibrant Orange.

Huawei Band 8 boleh dibeli di Huawei Official Store, Huawei Official Store on Shopee dan Huawei Flagship Store on Lazada.

Huawei Mate 50 Pro

Kualiti smartphone daripada Huawei memang tidak perlu diperkatakan lagi. Teknologi Ultra Aperture XMAGE Camera memang antara yang terbaik.

Kalau korang nak tahu, kualiti gambar dihasilkan Huawei Mate 50 Pro menjadikan peranti ini disebut sebagai era baru dunia mobile photography tau.

Usah risau, semua aplikasi yang anda biasa guna juga boleh dipasang pada smartphone ini.

Huawei Mate 50 Pro boleh dibeli di Huawei Official Store, Huawei Official Store on Shopee dan Huawei Flagship Store on Lazada.

Huawei Matebook 14

Jika bakal suami korang memiliki kerjaya profesional, tak lengkap lah hantaran kahwin kalau tak diselitkan dengan Huawei Matebook 14 ini.

Komputer riba ini dilengkapi dengan pemprosesan serba baru 12th Gen Intel-Core i5. Skrin utama Huawei Matebook 14 juga adalah skrin sesentuh, jadi tugasan dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Huawei Matebook 14 boleh dibeli di Huawei Flagship Store on Lazada.

Huawei MatePad SE

Skrin bersaiz 10.4’’ dan paparan 2K, Huawei MatePad SE memang sesuai sangat untuk dijadikan barang hantaran. Saiznya yang comel, memang terletak elok dalam dulang hantaran nanti tau.

Huawei MatePad SE boleh dibeli di Huawei Official Store, Huawei Official Store on Shopee dan Huawei Flagship Store on Lazada.

Huawei MatePad 11

Tablet premium daripada Huawei, cukup berkuasa untuk melaksanakan pelbagai tugasan harian dengan sangat mudah.

Memang macho habis bila bakal suami korang guna Huawei MatePad 11 yang dilengkapi dengan paparan 2.5K dan refresh rate 120hz ini.

Huawei MatePad 11 ini ibarat sebuah komputer riba yang boleh diusung ke mana-mana dengan mudah kerana turut dilengkapi dengan Dedicated PC-Level WPS Office.

Huawei MatePad 11 boleh dibeli di Huawei Official Store, Huawei Official Store on Shopee dan Huawei Flagship Store on Lazada.

Huawei Freebuds 5i

Earbuds daripada Huawei ini juga antara gajet moden yang sangat berbaloi untuk dijadikan hantaran kahwin pada 2023.

Hadir dengan rekaan yang sangat elegan, Huawei Freebuds 5i turut dilengkapi dengan Active Noise Cancellation, Call Noise Cancellation dan Transparency Mode.

Huawei Freebuds 5i boleh dibeli di Huawei Official Store, Huawei Official Store on Shopee dan Huawei Flagship Store on Lazada.

Beli masa Jualan 11.11, dapat potongan harga kaw-kaw

Berita baik buat korang yang berkira-kira nak beli gajet Huawei dijadikan hantaran ataupun untuk kegunaan peribadi, Huawei bakal buat potongan harga untuk semua peranti di atas sempena Jualan 11.11 ini.

Jika pembelian dibuat di Huawei Official Store bermula 11 hingga 13 November ini, Huawei menawarkan potongan harga sehingga 54 peratus.

Manakala pembelian pada 11 hingga 15 November menerusi Huawei Official Store on Shopee pula, korang dapat menikmati diskaun sehingga RM1,500 untuk peranti-peranti terpilih.

Pembelian menerusi Huawei Flagship Store on Lazada pada 11 hingga 13 November pula juga menikmati potongan harga sehingga 54 peratus.

Jadi, apa tunggu lagi. Set the date okay. Jangan lupa belanja sakan barang hantaran Huawei sempena Jualan 11.11. Sesuai untuk pasangan lelaki dan juga perempuan.

#HUAWEI #HUAWEIMY #HUAWEIP60Pro #HUAWEIWATCHGT4 #HUAWEIMateBook14 #1111MegaSale

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.