Siakap Keli
bot rempuh jeti
Gambar: Bernama

Bot Hilang Kawalan Seret Dua Kapal Layar, Rempuh Jeti

BOT HILANG KAWALAN SERET DUA KAPAL LAYAR, REMPUH JETI

SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) — Dua kapal layar rosak akibat diseret sebuah bot barter trade di jeti Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang, kira-kira 7 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Komander Maritim Sharenliza Ghazali berkata bot Benteng 02 yang sedang melakukan rondaan rutin bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat.

“Bot KLM Maulana Hasil Abadi dari Indonesia bersama 15 kru warga Indonesia itu telah mengalami kerosakan enjin secara tiba-tiba apabila keluar dari Jeti Asa Niaga.

“Akibat masalah berkenaan, bot itu telah hilang kawalan lalu merempuh jeti Royal Selangor Yacht Club dan dua kapal layar berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Sharenliza sehubungan itu, mengingatkan orang ramai terutama komuniti maritim supaya sentiasa mementingkan keselamatan diri dan memeriksa keadaan bot agar tiada kerosakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut supaya tiada sebarang masalah atau insiden berlaku.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'