Siakap Keli
Tular Video Papar Keadaan Bawah Laut Ketika Gempa Bumi Lautan Banda Meletus
Kredit: X

Cemas, Penyelam Kongsi Keadaan Bawah Laut Ketiga Gempa 7.2 Gegar Laut Banda

Cemas, Penyelam Kongsi Keadaan Bawah Laut Ketiga Gempa 7.2 Gegar Laut Banda

Sebuah video yang memaparkan keadaan bawah laut di Lautan Banda berdekatan Kepulauan Maluku, Indonesia ketika gempa bumi 7.2 magnitud melanda kawasan tersebut baru-baru ini menjadi tular.

Menurut BNN, video berkenaan telah dimuat naik dan tular di laman TikTok terlebih dahulu sebelum menjadi viral di platform lain.

Video berkenaan menjadi tular dan menarik perhatian banyak pihak kerana menunjukkan situasi yang jarang-jarang dirakam sebelum ini.

Ketika itu, sekumpulan penyelam skuba sedang menyelam di dasar lautan sambil memerhatikan kehidupan akuatik.

Pada awalnya, keadaan dasar lautan tersebut kelihatan seperti hari-hari biasa dan arus air kelihatan kelihatan tenang.

Sekawan ikan turut kelihatan berenang tenang di kawasan batu karang dengan bebas, tanpa menghadapi sebarang masalah.

Namun, ketenangan tersebut hilang sekelip mata apabila terdapat gegaran daripada dasar lautan. Ketika gempa bumi berlaku, para penyelam skuba berada dalam situasi panik dan berpaut pada batu karang yang berdekatan dengan mereka.

Gegaran tersebut menyebabkan dasar lautan seolah-olah bergoncang dan menyebabkan batu karang yang jelas kelihatan sebelum ini menjadi kabur ditutupi pasir.

Video tersebut dianggap luar biasa kerana dapat merakam detik-detik tersebut dari sudut pandang yang berbeza iaitu dari dasar laut.

Rakaman itu juga dapat memberikan paparan berkenaan tahap kekuatan gegaran tersebut ketika bencana tersebut melanda kawasan terbabit.

Pengguna media sosial dan Reddit telah memberikan pelbagai reaksi  seperti terpukau namun pada masa yang sama merasa gementar dengan apa yang berlaku.

Aktiviti seismik Lautan Banda

Aktiviti seismik di wilayah-wilayah yang mengelilingi Kepulauan Maluku bukanlah satu perkara yang luar biasa.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) sebelum gempa itu ada mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di beberapa wilayah di Indonesia.

Sungguhpun begitu, kejadian gempa bumi kuat pada bacaan 7.2 magnitud berada di luar jangkaan agensi berkenaan.

BACA: Hairan, Kenapa Tak Pernah Nampak Anak Burung Merpati? Ini Dua Sebab Ramai Tak Sangka

Sumber: BNN

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma