Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hukuman Penjara 12 Tahun, Rayuan Siti Bainun Didengar Mahkamah Tinggi Hari Ini

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Penentuan Penjara 12 Tahun, Rayuan Siti Bainun Bakal Didengar Mahkamah Tinggi Hari Ini
Kredit: Bernama

Penentuan Penjara 12 Tahun, Rayuan Siti Bainun Bakal Didengar Mahkamah Tinggi Hari Ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang disabitkan bersalah atas kesalahan mengabai mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella, hari ini.

Menurut Astro Awani yang memetik laporan laman web mahkamah, prosiding akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.

Siti Bainun yang kini ditahan di Penjara Kajang telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan terhadapnya.

Sebelum ini, Siti Bainun telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 3 Mei lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi turut mengarahkan Siti Bainun melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam.

Hukuman berkenaan perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Selain itu, Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun. Pekara ini berserta tambahan hukuman berupa bayaran cagaran sebanyak RM5,000.

Siti Bainun pernah mengemukakan rayuan untuk penangguhan hukuman tetapi ditolak Mahkamah Tinggi

Dalam pada itu, mahkamah turut menolak permohonan Siti Bainun untuk menangguhkan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya ketika menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Susulan itu, Siti Bainun perlu menjalani hukuman penjara Penjara Kajang bermula tarikh disabitkan dengan kesalahan tersebut secara serta-merta

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini di antara Februari dan Jun 2021 sehingga menyebabkan remaja itu cedera fizikal serta emosi.

Pendakwaan dikemukakan adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh dipenjara 12 tahun. Kedua-dua hukuman itu difahamkan berjalan serentak bermula pada tarikh sabitan.

Terdahulu, Siti Bainun dilaporkan telah membuat rayuan sekali lagi bagi penangguhan hukuman di Mahkamah Tinggi. Namun, rayuan yang dikemukan tertuduh gagal.

BACA: Hairan, Kenapa Tak Pernah Nampak Anak Burung Merpati? Ini Dua Sebab Ramai Tak Sangka

Sumber: Astro Awani