Siakap Keli
Peminat Mechamato Indonesia Teruja Datang Melaka, Saksi 'Kota Hilir' Dengan Mata Sendiri
Kredit: X

Peminat Mechamato Indonesia Datang Melaka Lawat ‘Kota Hilir’ Sebenar, “Teruja Sampai Nangis”

Peminat Mechamato Indonesia Datang Melaka Lawat ‘Kota Hilir’ Sebenar, “Teruja Sampai Nangis”

Seorang peminat Mechamato berasal dari Indonesia teruja apabila berkesempatan mengunjungi Bandar Hilir Melaka yang menjadi inspirasi latar tempat untuk siri animasi tersebut.

Keterujaan yang dikongsi bersama adiknya dimuat naik oleh peminat berkenaan menerusi satu hantaran di laman X melalui akaun Puffie’s (@puffclawndoryn).

“Ini merupakan kali pertama saya berkunjung ke Malaysia,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik 14 November 2023.

Ketika berada di Bandar Hilir Melaka, mereka tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila melihat landskap kota yang mirip dengan Kota Hilir dalam Mechamato.

“Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya dapat melihat set penggambaran Boboiboy x Mechamato di depan mata,” katanya lagi.

Dalam cipan berkenaan, dia terlalu teruja ketika menjejakkan kaki di bandar tersebut sampai menitiskan air mata.

Selain itu, wanita tersebut berkongsi bahawa dia dan adik perempuannya merupakan peminat tegar Spheraverse lebih dari sedekad lalu.

Spheraverse merupakan satu ‘universe’ yang menempatkan watak-watak dalam siri animasi yang dihasilkan Monsta Studio iaitu, BoBoiBoy dan Mechamato.

Dalam pada itu, wanita berkenaan menyifatkan pengalaman berkunjung ke Melaka antara perkara terbesar yang pernah berlaku dalam hidup mereka.

Menerusi ciapan yang sama, wanita tersebut turut berkongsi lokasi-lokasi yang menjadi tarikan utama di Bandar Hilir Melaka yang sempat dikunjungi mereka.

Antara lokasi bersejarah yang dikunjungi mereka berdua adalah Sungai Melaka dan Bangunan Stadthuys. Kedua-dua lokasi tersebut turut menjadi inspirasi kepada Kota Hilir dalam Mechamato.

Kehadiran pelancong asing ke Malaysia gara-gara siri animasi ini bukanlah satu perkara yang asing.

Sebelum ini, seorang peminat siri Mechamato dari Jepun bertindak berkunjung ke Malaysia, demi menonton filem tersebut di negara ini.

Peminat berkenaan datang ke Malaysia pada 25 Disember tahun lepas ketika Mechamato Movie sedang hangat ditayangkan.

“Akhirnya Dapat Tengok Depan Mata..,” Peminat Dari Jepun Nekad “Fly” Ke Malaysia Demi Filem Mechamato

Ketika itu, dia mengakui sudah lama menyimpan impian untuk melancong ke Malaysia kerana teringin untuk menikmati juadah tempatan yang ada.

Namun begitu, tujuan utamanya ketika itu adalah kerana mahu menonton Mechamato Movie di negara asal dimana animasi berkenaan dihasilkan.

Peminat tersebut turut bersiar-siar di kawasan-kawasan Bandar Hilir, yang menjadi inspirasi untuk latar tempat bagi filem tersebut iaitu Kota Hilir.

Pada asalnya, peminat tersebut merasakan latar tempat siri Mechamato, Kota Hilir merupakan sebahagian daripada tempat-tempat di Jepun.

Namun, jangkaannya meleset apabila lokasi yang menjadi inspirasi kepada bandar fiksyen itu merupakan salah sebuah tempat di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Bukan itu sahaja, dia juga seakan-akan mahu menangis kegembiraan ketika mengunjungi tinggalan kubu A Famosa, iaitu salah satu monumen yang diadaptasi sebagai satu bangunan penting dalam siri tersebut.

BACA: Hairan, Kenapa Tak Pernah Nampak Anak Burung Merpati? Ini Dua Sebab Ramai Tak Sangka

Sumber: @puffclawndoryn via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma